Lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh petugas NGO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang petugas wanita badan bukan kerajaan (NGO) yang ditemukan dengan kesan jerut di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di Kajang kira-kira 8.45 malam tadi.

- Advertisement -

“Permohonan reman terhadap lelaki itu dibenarkan selama enam hari hingga 14 Mac,” katanya kepada Bernama.

Media semalam melaporkan mangsa dikenali sebagai Nik Khatijah Nik Mud, 32, ditemukan rakan sekerjanya dengan kesan jerut pada bahagian leher dan dipercayai dibunuh lebih daripada 24 jam sebelum ditemukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

- Advertisement -