PAS Pahang ikrar pertahan, perkukuh kemenangan

- Advertisement -

TEMERLOH: PAS Negeri Pahang bertekad terus mempertahan dan memperkukuhkan kemenangan dalam PRU15 yang akan datang, demikian resolusi ditegaskan dari Konvensyen Pilihan Raya, kelmarin.

Menurut Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Pahang, Hamdan Abdullah, jentera PAS di semua peringkat negeri ini diseru untuk terus memperkukuhkan kekuatan organisasi dan jentera di samping melipatgandakan gerak kerja.

“Terutamanya dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan setempat di tahap paling maksimum khusus bagi mendepati PRU15 yang bakal menjelang pada bila-bila masa sahaja,” ujarnya pada program yang berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini.

- Advertisement -

Hal tersebut menurut beliau, sangat penting dalam memastikan kemenangan PAS di negeri ini dapat dipertahankan dan diperkukuhkan dalam PRU15 itu nanti.

Dihadiri kira-kira 300 anggota Jentera Pilihan Raya PAS dari 14 Parlimen seluruh negeri Pahang, majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air.

Dalam ucapan, beliau menyeru semua jentera untuk benar-benar mengikhlaskan niat perjuangan bagi menghadapi pelbagai kemungkinan dan keputusan yang akan ditetapkan oleh pimpinan tertinggi.

Kerana akan terdapat menurutnya, keadaan di mana keputusan tersebut yang mungkin tidak kena dengan kehendak dan kemahuan jentera atau ahli akar umbi. 

Namun peringatnya, sebagai jentera berkualiti dengan elemen tarbiyah ruhiyah, setiap arahan dan keputusan oleh pimpinan wajib ditaati dan dipatuhi bagi memastikan sasaran dan matlamat parti tercapai. 

Tegasnya senada, cita-cita itu adalah agar usaha mempertahan dan memperkukuhkan kemenangan di peringkat Negeri Pahang dan Persekutuan dapat dijayakan dengan sebaiknya. – HARAKAHDAILY 8/3/2021

- Advertisement -