Hapus kira hutang beri manfaat besar rakyat Kedah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Langkah kerajaan pusat menghapus kira pinjaman projek bekalan air luar bandar di Kedah berjumlah RM699 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, rundingan mengenainya diadakan sejak 2013 melalui pelbagai proses akhirnya dipersetujui pada 2020.

Katanya, proses rundingan mengambil tempoh yang panjang dan menjadi kenyataan sekarang.“Alhamdulillah pada 2020 proses perundingan mencapai kejayaan.

Projek bekalan air di Kedah sudah lama dilaksana termasuk Loji Rawatan Air (LRA) Tupah dibina sebelum negara mencapai kemerdekaan.

- Advertisement -

“Sistem bekalan air di Kedah bergantung kepada sumber air daripada empangan dan kawasan tadahan hujan,” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kedah di Wisma Darul Aman semalam.

Di seluruh Kedah sekarang terdapat 36 LRA berkapasiti 1,458 juta liter sehari (MLD). Sasaran pada 2040 meningkatkan kapasiti LRA di kepada 2,075 MLD bagi menampung keperluan domestik dan industri.

Sanusi juga berkata, pada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) permohonan diaju kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi melaksanakan projek-projek pembangunan sumber air di negeri itu.

Antaranya pembinaan Skim Takungan Air Pinggiran Sungai di Kampung Terat Batu, di Padang Serai melibatka kos RM336 juta dan Projek Kolam Takungan Air Tupah (RM30 juta).

Menurutnya juga penstrukturan bekalan air akan memberi jaminan pengurusan industri perkhidmatan air yang lebih efektif di mana operasi Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan dipantau k Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Selain itu Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi tempoh penangguhan pembayaran kepada SADA selama lima tahun bagi memberi ruang SADA menstabilkan kewangan. – HARAKAHDAILY 5/3/2021

- Advertisement -