Presiden PAS umpama ensiklopedia bergerak

JUMPALAH sekerap mana pun, atau dalam acara apa sekalipun, saya pasti akan bersemangat menunggu perkongsian ilmu daripada Tuan Guru Presiden. Pasti ada ilmu baru yang saya belajar.

Tuan Guru Presiden bukan sahaja fasih memetik kitab para ulamak sebagai rujukan, bahkan petah menghurai sehingga kepada perihal ahli falsafah silam Socrates. Umpama ensiklopedia bergerak. Istilah yang tepat untuk menggambarkan mengenai peribadi Tuan Guru Presiden kita.

Advertisement

Seperti semalam, ketika mana Tuan Guru Presiden hadir memenuhi jemputan di pejabat di sini, banyak sekali pesanan yang diberikan untuk kami jadikan panduan dalam urusan pentadbiran hal ehwal agama.

Tuan Guru Presiden bersungguh-sungguh menekankan mengenai kepentingan tsaqafah dan pembudayaan ilmu kepada rakyat. Pesannya, kami perlu melakukan usaha dengan lebih agresif dalam mengintegrasikan kembali Islam dan ilmu-ilmu lain yang telah dipisah-pisahkan oleh Barat. 

Kembalikan semula roh Islam dalam semua aspek ilmu termasuklah dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan. MasyaAllah, terlalu banyak titipan nasihat dan ilmu dalam pertemuan singkat tengahari semalam. 

Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan dan umur yang barakah buat Murabbi kecintaan ummah ini. Bimbingan daripada Tuan Guru Presiden amat berharga untuk kami yang baru setahun jagung bergelumang dalam hal ehwal pentadbiran.

YB USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 4/3/2021