Solat hajat menjelang perlawanan pertama Liga Premier

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan United FC (KUFC) yang menampil 90 peratus pendatang baharu diharap mampu mengharungi cabaran beraksi di Liga Premier tahun ini.

Presidennya, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, gandingan pemain lama yang berpengalaman dan muka baharu membolehkan KUFC melangkah bagi mencapai sasarannya.

“Pelancaran jersi ini sebagai menandakan permulaan untuk KUFC menghadapi Liga Premier tahun ini yang dijangka bermula 7 Mac ini,” katanya pada pelancaran jersi KUFC hari ini.

Pelancaran jersi tersebut diadakan di Sunway Pyramid Selangor, pagi tadi.

- Advertisement -

Oleh itu Che Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan merakam penghargaan di atas kerjasama semua pihak bagi menyokong pasukan tersebut terutama barisan penaja.

“Terima kasih saya rakamkan kepada penaja utama iaitu Al-Ikhsan Sports dan Pasar Raya Hari-Hari dan tidak lupa juga rakan strategik Yakult,” katanya.

Jersi tersebut yang dijual pada harga RM119.90 boleh didapati Al-Ikhsan Sports AEON Mall Kota Bharu, Al-Ikhsan Sports Kota Bharu, Al-Ikhsan Sports Warehouse KB Mall, Al-Ikhsan Sports Tanah Merah dan Al-Ikhsan Sports Kubang Kerian.

Selain itu di Kedai Merchandise Kelab di Bangunan Astaka, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Baru-baru ini KUFC juga menerima tajaan peralatan pejabat daripada Ketua Pegawai Eksekutif EXA Supply & Services Sdn Bhd Nazmi Che Yahya.

Tajaan peralatan tersebut diterima Pengarah Eksekutif KUFC Anas Karimi dengan disaksikan Timbalan Presiden KUFC Dato’ Zamri Ismail.

Manakala dalam perkembangan berkaitan KURC mengadakan solat hajat menjelang sepak mula perlawanan pertama Liga Premier.

Dua pemain import dari Jepun, Masashi Motoyama dan Shuhei Fukai menjadi tambatan kepada KUFC bagi menghadapi saingan Liga Premier 2021. – HARAKAHDAILY 3/3/2021

- Advertisement -