MB Kelantan jalani rawatan di HUSM

- Advertisement -

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian semalam.

Bagaimanapun disebabkan kekurangan rehat dan keletihan beberapa hari sebelum ini beliau dinasihat berehat di hospital bagi pemantauan sepenuhnya pegawai perubatan.

- Advertisement -

Setiausaha Politik Menteri Besar Mohd Asri Mat Daud berkata, Menteri Besar dijangka keluar hospital esok (Khamis).

“Buat masa sekarang hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat.

“Pejabat Menteri Besar merakamkan penghargaan di atas keprihatinan semua pihak mengenai tahap kesihatan Menteri Besar Kelantan,” katanya pada kenyataan hari ini.

Pada Selasa lepas Ahmad menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 pada program Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di peringkat negeri yang diadakan di Kota Darulnaim. – HARAKAHDAILY 3/3/2021

- Advertisement -