Guru SRITI Harun Ar-Rasyid kritikal kemalangan

- Advertisement -

MASJID TANAH : Seorang guru Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Harun Ar-Rasyid, Masjid Tanah, Muhammad Yusuf Khalid, 32, kini berada dalam keadaan kritikal akibat satu kemalangan motosikal.

- Advertisement -

Menurut Guru Besar SRITI tersebut, Mohd Taufiq Jamil, kemalangan yang berlaku pada 28 Februari, 8.30 malam di Durian Tunggal Alor Gajah itu telah menyebabkan Yusuf cedera parah di bahagian kepala.

“Buat masa sekarang beliau bergantung kepada mesin, dan mungkin akan menjalani pembedahan di bahagian kepala di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Sebab kita difahamkan di Melaka tidak ada pakar untuk buat pembedahan di bahagian kepala.

“Yusuf sudah berkahwin dan isterinya, Norlina Ali, merupakan seorang peniaga dalam talian,” ujar Taufiq.

Menurut beliau, Yusuf dan isterinya yang kini tinggal di rumah mentuanya di Taman Bukit Nangka, Alor Gajah itu baru sahaja berkhidmat di SRITI Londang Masjid Tanah bermula 15 Januari lepas.

Tambah Taufiq lagi, Yusuf mempunyai empat orang anak yang semuanya lelaki dengan yang sulung berumur lapan tahun dan yang paling kecil kembar berumur tiga tahun.

Di samping itu, Taufiq memohon agar orang ramai dapat membantu keluarga Yusuf dengan menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban keluarganya dalam menampung kos rawatan.

Mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke akaun Maybank 5550 5012 5574 atas nama Kedai Ummi Hero yang merupakan akaun bank milik isteri Yusuf.

Sebarang pertanyaan tentang kondisi Yusuf boleh berhubung dengan Taufiq di talian +6013-631 6039. – HARAKAHDAILY 3/3/2021

- Advertisement -