Tiga kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Beberapa daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat pagi ini, lapor Bernama.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan stesen Johan Setia Klang paling tinggi iaitu 183 diikuti Banting (165) dan Petaling Jaya (141) pada pukul 8.00 pagi ini.

Pemerhatian Bernama juga mendapati kawasan di sekitar Shah Alam kelihatan agak berjerebu dengan bacaan IPU 96, setakat pukul 8.00 pagi.

- Advertisement -

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).

Negara mengalami masalah jerebu yang teruk pada September 2019 lalu ekoran kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

Ini menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak. – HARAKAHDAILY 2/3/2021

- Advertisement -