Tak terniat potong giliran ‘frontliners’

- Advertisement -

DAHULU orang tak izinkan frontliners kita dicucuk awal. Mereka kata, kasi cucuk orang politik dulu. Kalau jadi apa-apa lepas cucuk, frontliners masih selamat. Jadi ramai ahli politik bersedia untuk diuji terlebih dahulu sebagai teladan buat semua. Kini ia sudah berbeza. Alhamdulillah.

Segelintir pula, ada yang boleh menerima vaksin dan ada yang tidak boleh menerima. Itu hak masing-masing. Ia jadi perdebatan hangat. Saya tiada hak untuk komen pendirian masing-masing. Secara peribadi, saya bersedia untuk menerima suntikan apa pun jenama vaksin dengan syarat ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

- Advertisement -

Tempoh hari, ada orang kata wakil rakyat menyibuk untuk ambil giliran dan sanggup potong que. Saya rasa ia tidak berasas kalau di Terengganu. Saya percaya, begitu juga di lain-lain negeri. Nama-nama kami pihak KKM yang minta dan tidaklah pula menyibuk nak daftarkan nama sebagai penerima awal. Rupanya memang Ahli Parlimen dan ADUN disenaraikan untuk menjadi penerima fasa pertama seperti laporan yang YB Khairy Jamaluddin (KJ) nyatakan.

Hari ini menerima mesej daripada pihak Pejabat Dewan Undangan Negeri yang memaklumkan tarikh saya perlu dapatkan suntikan vaksin. Sebarang pertanyaan juga boleh dapatkan melalui pegawai KKM yang bertugas. Saya juga mesej tanyakan pegawai berkenaan. Saya tidak print screenlah. Cukup untuk bagi dialog sahaja:

Hishamuddin Abdul Karim (HAK): Salam. Dr., saya dapat mesej ini (Mesej untuk datang suntikan vaksin). Boleh tanya, suntikan untuk frontliners selesai dah ke?

Dr KKM: Salam YB … Suntikan frontliners mula 2.3.2021 secara bergilir dan berfasa melibatkan  agensi kesihatan dan non kesihatan…  Untuk YB  tarikh yang diberi pada 2.3.2021 di KK *** @10.30.

HAK: Ok… kita bimbang kut-kut memintas frontliners.

Dr KKM : Tak apa YB kita cucuk mengikut tarikh yang bersesuaian …

HAK: Ok terima kasih Dr.

Sebenarnya tidak terdetik sedikit pun untuk mengganggu frontliners. Malah semua YB kebanyakkannya sentiasa bergerak seiring memberikan pelbagai sokongan buat semua frontliners kita. Di sini juga kita tidak menyibuk hantar nama pihak keluarga untuk disuntik sama. Semuanya tetap mengikut giliran yang sepatutnya. 

Rugi kita bertelagah mengenai benda yang tidak pasti di media umum. Sama-samalah kita fokus pada tanggungjawab mengikut kapasiti masing-masing. Tiada darjat-darjat sangat antara sesama kita. Yang membezakan hanyalah taqwa. Sama-sama kita berdoa agar pandemik ini bakal berakhir.

YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan & NGO Kerajaan Negeri Terengganu
ADUN Tepoh – HARAKAHDAILY 2/3/2021

- Advertisement -