‘PAS parti hebat tarbiah, walak kepada presiden’

- Advertisement -

PUTRAJAYA: “PAS parti hebat tarbiahnya. Walak kepada presiden. Tiada perpecahan dalam menguruskan parti,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Sehubungan itu, beliau menafikan khabar angin berlakunya perpecahan dalam PAS.

Beliau berkata, PAS bergerak cergas untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Insya-Allah, kita (PAS) bergerak cergas untuk menang dalam pilihan raya akan datang,” ujarnya yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Penempatan Jurutera dan Latihan Prasiswazah Dalam Industri Kayu-Kayan 2021, di Hotel Zenith di sini hari ini.

- Advertisement -

Ketika ditanya adanya gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata khabar angin tersebut adalah tidak benar.

“Khabar angin bukan berita yang patut dimediakan oleh media yang baik. (Sekarang ini) Kita terus kepada apa yang kita hendak laksanakan (dalam kerajaan PN).

“Kerajaan PN (Perikatan Nasional) gagah dan PAS bersama kerajaan PN untuk memberi yang terbaik kepada rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, katanya PAS terus komited untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) bersama Umno dan mempertahankan Perikatan Nasional dengan parti-parti di bawahnya. – HARAKAHDAILY 2/3/2021

- Advertisement -