‘Parti terkuat di Malaysia’ hilang ADUN lagi?

- Advertisement -

PAN sebelum berkuasa

Dalam ucapan penggulungan beliau di Konvensyen Nasional PAN di Alor Setar, Kedah, pada 22 Oktober 2017, Presiden PAN, Mohamad Sabu, berkata: ‘Saya yakin Amanah akan jadi parti yang terkuat dan terbesar di Malaysia’.

PAN sewaktu berkuasa


Dalam ceramah beliau di Bukit Besar, Kedah, pada 31 Mac 2019, Presiden PAN, Mohamad Sabu, berkata: ‘Dalam sejuta ahli PAS yang ada kini 800 ribu sedang membuat peralihan’.

- Advertisement -

(Berita ini dilaporkan keesokan harinya oleh portal berita Malaysia Date Line tetapi kini telah ditarik balik tanpa sebarang alasan. Rujuk di sini: https://malaysiadateline.com/dalam-1juta-ahli-pas-800-ribu-sedang-buat-peralihan-parti-kata-mat-sabu/ )

PAN setelah hilang kuasa

Portal berita Malaysia Kini dan Free Malaysia Today hari ini melaporkan tiga ADUN PAN Johor, iaitu Khairuddin A Rahim, Faizul Amri Adnan dan Muhamad Said Jonit, mengikut jejak langkah dua ADUN PAN Selangor, iaitu Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Ahmad Mustain Othman, keluar dari PAN untuk menyertai PKR.

Seronok juga untuk mengetahui reaksi mereka di dalam PAN: Apakah akan ada rasa sakit hati yang teramat sangat kerana dikhianati atau apakah ia akan dianggap sebagai perkara biasa sahaja atas alasan ‘keluar parti bukanlah keluar agama’?

Dan masihkah pemimpin PAN yakin PAN akan mampu jadi parti yang terkuat dan terbesar di Malaysia dengan pelbagai ribut yang melanda parti itu mutakhir ini? 

PAN sudah marah sama PKR

Baru saja saya mahu bertanya tadi soalan apakah hubungan antara PAN dan PKR dalam PH tidak akan berantakan disebabkan tindakan PKR mencuri ADUN-ADUN PAN, tiba-tiba Timbalan Presiden PAN, Datuk Seri Salahuddin Ayub, sudah menunjukkan rasa tidak senang hati kepada PKR.

Tulis Datuk Seri Salahuddin: ‘Memahami semangat setiakawan dalam PH sepatutnya tidak manis mana-mana parti dalam komponen PH menerima mana-mana ahli parti rakan. Saya rasa semangat ini adalah disepakati dalam mana-mana parti yang membentuk pakatan atau gabungan (coalition).’

Saya amat bersetuju dengan Datuk Seri Salahuddin dalam isu ini dan saya sendiri pernah beberapa kali mencadangkan supaya dibuat peraturan bagi melarang mana-mana parti di dalam sesuatu pakatan daripada mencuri pemimpin atau ahli parti rakannya.

Malangnya perkara ini tidak pernah didengari dan sehingga sekarang tiada dalam mana-mana bahagian Perjanjian PH yang membutirkan persefahaman begini.

Politics is politics, and there is no such thing as ‘gentleman’s agreement in politics’, Datuk Seri Salahuddin. Lagikan perjanjian bertulis mengenai peralihan kuasa pun boleh dikhianati, inikan pula bila tiada perjanjian.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 27/2/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -