Kerajaan PH tumbang akibat ketamakan kuasa

- Advertisement -

KOTA BHARU: Lebih setahun lalu rakyat Kelantan menunggu janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mendapat royalti petroleum yang dijanjikan 20 peratus.

Ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, PH menabur janji untuk mengagihkan 20 peratus royalti petroleum kepada negeri pengeluar minyak.

Pada aku janji ‘Pakatan Membawa Harapan’ disebut PH akan menyelesaikan tuntutan royalti petroleum dengan sasaran minima RM400 juta setahun.

Malangnya harapan tersebut berlalu begitu sahaja sehingga kerajaan PH jatuh akibat konflik dalaman.

- Advertisement -

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdulllah Mat Nawi berkata, kerajaan PH sinonim dengan pelbagai persepsi fitnah, rasuah dan janji palsu yang ditabur.

Katanya, parti itu akhirnya tumbang akibat ketamakan kuasa sesama pemimpin mereka.

“Kejatuhan kerajaan PH disebabkan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sehingga menjejaskan seluruh portfolio menteri kabinet secara automatik.

“Kejatuhan kerajaan PH pada masa itu rupa-rupanya disambut gembira majoriti rakyat di negara ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II berkata, sepanjang 22 bulan di bawah PH rakyat menunggu segala yang dijanjikan.

Malangnya kata beliau di sebalik rakyat menunggu segala janji manis PH, di sebalik itu sedikit demi sedikit hak orang Melayu terhakis dengan menjual aset milik mereka.

“Hilangnya kepentingan orang Melayu dan negara dengan menjual aset Tabung Haji, bahkan ketika itu diuar-uarkan juga negara tiada wang sehingga ramai pengawai kerajaan diberhentikan.

“Impian PH untuk muncul sebagai pentadbiran yang bebas rasuah tidak mampu bertahan lama selepas pemimpin dan pegawai lantikan politik berdepan dengan dakwaan rasuah,” katanya.

Adun Chempaka, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood pula berkata, kegagalan PH bukan sahaja dalam usaha melaksanakan menifesto PH, sebaliknya gagal memelihara rukun dan perlembagaan negara.

Katanya, PH membawa bahaya lebih besar dengan dasar sosialis liberal yang diperjuangkan kompenan parti PH. – HARAKAHDAILY 26/2/2021

- Advertisement -