Banyak rekod mendebar 22 bulan Kerajaan PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara sebelum ini sudah boleh menjadi panduan kepada rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad berkata, sepanjang tempoh itu sudah boleh menggambarkankan bagaimana kerajaan yang ada ketika itu.

“Kalau kita pilih mereka sekali lagi dan itulah yang akan berlaku lagi selepas ini. Pengalaman itu dilalui sendiri Bersatu.

“Bersatu ada dalam portfolio kerajaan PH. Mereka melihat bagaimana suasana ketika berada dalam kerajaan Pakatan Harapan pada ketika itu,” katanya pada Bicara Harakah yang disiarkan secara live malam tadi.

Bicara itu mengupas Setahun Kejatuhan Kerajaan PH dikendalikan Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad yang bertindak sebagai moderator.

- Advertisement -

Idris berkata, apa yang berlaku sepanjang 22 bulan di bawah PH rakyat negara ini tidak perlu lagi ulangi yang dianggap sebagai suatu kesilapan besar.

Menurutnya rakyat Malaysia jangan ulangi lagi apa yang berlaku pada PRU 14 kerana peristiwa yang mendebarkan orang Melayu dibiarkan berlaku.

“Kita lihat beberapa pelantikan termasuk Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) jelas bertentangan dengan apa yang mereka sendiri janji ketika kempen PRU 14.

“Kononnya mereka tidak mahu melibatkan orang politik dan tidak masuk campur tangan politik dan sebagainya,” ujar beliau.

Begitu juga katanya ada reunion melibatkan lebih kurang 400 orang terbabit dalam program perjuangan komunis yang diadakan di Kajang 1 Disember lepas.

Kata belau apa yang berlaku itu sudah cukup memberi gambaran yang jelas kepada rakyat negara ini.

“Jangan mengulangi sepertimana yang telah berlaku. Kalau tidak bermakna kita tidak serik-serik lagi.

“Maka sebab itu kita mengharapkan supaya rakyat akan memberi satu keputusan yang baik untuk memilih kalau diadakan pilihan raya selepas darurat nanti.

“Pilihan raya akan diadakan maka kita harapkan rakyat sudah pun dapat jawapan,” tambahnya.

Ketika ditanya moderator pencapaian kerajaan Perikatan Nasional sekarang kata Idris kerajaan sekarang boleh dikatakan lebih baik daripada kerajaan sebelumnya biarpun terpaksa berdepan dengan pandemik Covid-19. – HARAKAHDAILY 26/2/2021

- Advertisement -