Hasut murtad: Ummah N9 lapor polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Negeri Sembilan menyifatkan tindakan seorang pemuda India memurtadkan seorang wanita Islam dan menghasut masyarakat hindu untuk memurtadkan gadis islam di Malaysia adalah menyalahi undang-undang.

Pengerusinya, Rosmin Adam berkata, tindakan itu jelas menyalahi undang-undang sedia ada di bawah Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

- Advertisement -

Pemuda tersebut juga didapati telah menghina Islam, Nabi Muhammad s.a.w, Kaabah, masyarakat Melayu dan India Muslim di Malaysia melalui laman Facebook Happy Family Malaysia.

Beliau berkata demikian merujuk kepada sebuah klip video seorang pemuda India yang menyebut bahawa telah memurtadkan seorang wanita Islam dan menghasut masyarakat hindu untuk memurtadkan gadis islam di Malaysia.

Susulan daripada penularan klip video itu, pemuda India tersebut telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dari umat Islam melalui akaun sama.

Bagaimanapun, kata Rosmin cubaan beliau untuk memohon maaf tidak boleh menyelesaikan masalah.

“Saya mohon pihak polis mengambil tindakan yang tegas keatas pemuda ini yang tidak menghormati perlembagaan negara Malaysia.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pemuda ini kami anggap boleh mencetuskan ketidak harmonian di antara kaum di negara berbilang bangsa dan agama ini.

“Sehubungan itu, UMMAH Negeri Sembilan meminta pihak polis membuat siasatan ke atasnya,” tegasnya pada satu kenyataan media, semalam.

Dalam pada itu, Rosmin turut memberi amaran kepada mana-mana orang Islam cuba keluar dari agama Islam boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang berkuat kuasa di bawah kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 25/2/2021

- Advertisement -