Akuakultur penyumbang penting sektor perikanan negara

- Advertisement -

KOTA BHARU: Populasi sektor agro-makanan dunia dijangka akan mencapai 8.3 bilion pada 2030 dan terus meningkat kepada 11 bilion menjelang tahun 2050.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, perkara itu merupakan cabaran besar kepada sektor agro-makanan global untuk menyediakan makanan sihat bergizi.

Katanya usaha juga dilakukan kementerian bagi meningkat pengeluaran dan mengurangkan pembaziran.

“Sektor berkenaan memerlukan pelan yang lebih holistik menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50).

- Advertisement -

“Ini kerana bekalan dan permintaan ikan dijangka berlaku peningkatan tahun ini. Akuakultur merupakan penyumbang sumber makanan, di samping menjadi aktiviti pengimbang sektor perikanan,” katanya ketika ditemui pada lawatan ke projek ternakan ikan tilapia air payau di Pantai Kundur hari ini.

Menurutnya juga pengeksploitasi sumber perikanan mengangkat sektor akuakultur menjadi sektor terpenting negara.

Kata beliau berdasarkan statistik pengeluaran sektor berkenaan pada 2018 sebanyak 392,465 metrik tan yang bernilai RM3.06 bilion.

“Manakala pada 2019 sebanyak 411,782 tan metrik bernilai RM3.30 bilion yang dikeluarkan daripada komoditi air tawar, ikan marina atau puyu dan rumpai laut dengan mencatat peningkatan kualiti dan nilai,” katanya.

Tambahnya, daripada jumlah tersebut Kelantan menyumbang sebanyak 6,449 tan metrik pengeluaran pada 2019 dengan nilai berjumlah RM57 juta.

Justeru itu, beliau berharap agar kesemua pemain dalam industri berkenaan sentiasa bergerak aktif bagi menyumbang hasil dan pengeluaran sektor akuakultur. – HARAKAHDAILY 25/2/2021

- Advertisement -