Ziarah Mahabbah Muslimat PAS Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pandemik Covid-19 nyata memberi tekanan ekonomi terhadap banyak keluarga, terutamanya keluarga yang sejak awal lagi sememangnya diuji dengan masalah kesihatan dan kewangan.

- Advertisement -

Prihatin dengan nasib sebuah keluarga, Dewan Muslimat PAS Johor tampil membantu keluarga Harun Ibrahim yang kurang bernasib baik akibat daripada pengajian yang dihidapinya.

Harun telah sekian lama menghidap penyakit kronik dan beliau yang terpaksa berulang alik ke hospital untuk rawatan susulan.

Tambahan pula isterinya Harun hanya suri rumah sepenuh masa dan mengambil upah khidmat mencuci sebagai cleaner sekiranya ada permintaan.

Isteri Harun akan dibayar sebanyak RM50 sehari sekiranya ada insan yang memerlukan khidmat mencuci.

Pasangan ini mempunyai 5 orang anak, 3 orang anak darinya masih lagi bersekolah dan anak sulungnya pula bekerja sebagai operator kilang.

Manakala anaknya yang ke dua pula kini sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan beliau merupakan pelajar lepasan tahfiz.

Mewakili Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kluang, Johor, Ustazah Zakiah Tukirin berkata, Dewan Muslimat PAS Johor sentiasa bersedia untuk membantu mereka yang memerlukan.

Beliau yang juga Bendahari Dewan Muslimat PAS Johor mendoakan Harun dan keluarga sentiasa tabah menghadapi ujian yang menimpa selain berharap Harun akan pulih dari penyakitnya.

“Segala jasa dan pengorbanan barisan pimpinan Muslimat Johor amatlah dihargai dan disanjungi. Hanya Allah SWT dapat membalas segalanya dan diberikan dengan ganjaran yang setimpal.

“Ujian menghadapi musim Covid-19 ini juga merupakan medan muhasabah kepada masyarakat diluar sana, sejauh mana tekunnya kita membantu insan disekeliling kita dan anak-anak yang masih lagi dalam pembelajaran,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/2/2021

- Advertisement -