Menginsafi sejarah kejatuhan

- Advertisement -

SEJARAH kejatuhan itu untuk diteladani lagi diinsafi, apatah lagi jatuhnya Kerajaan Islam. Islam menganjurkan umatnya untuk menginsafinya dengan cara mengambil pelajaran terhadap punca ia jatuh dan terus beriltizam dengan ajaran yang sebenar:

- Advertisement -

أَلَا إِنَّ رَحَى الْإِسْلَامِ دَائِرَةٌ ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ 

“Islam itu ibarat roda, maka berputarlah bersama kitab (beriltizam dengan ajarannya) mengikut rodanya.”

Walaupun sebahagian ulamak mengkategorikan ia sebagai Hadis Dhaif, secara realitinya, ia adalah nasihat yang perlu diberi perhatian.

Dunia menjadi saksi betapa empayar besar dunia semuanya telah melalui fasa kejatuhan. Empayar yang bertahan 500 tahun dan ke atas pun tidak terlepas daripada kemerosotan dan jatuh. Ia bukanlah suatu yang perlu dijadikan gurauan atau mainan. Yang menjadikan sesuatu kisah yang Allah gazetkan di dalam al-Quran itu bermakna, adalah kerana pengajarannya. Budaya troll pihak lawan memang menyeronokkan. Ia sukar untuk dibuang kecuali mendidik diri untuk tidak berlebihan dalam apa jua isu dan situasi:

وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم 

“Boleh jadi sesuatu yang kau sukai itu adalah buruk untuk kalian.”

Ayat ini turun menggambarkan perintah jihad itu memang sukar lagi menyakitkan jiwa dan badan, namun memiliki kebaikan yang besar. Secara umumnya pula, memang perkara kebaikan akan berlawanan dengan kehendak nafsu yang membayangkan keseronokan yang palsu:

إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُ ۚ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ 

Kata para Ulamak ketika mentafsirkan ayat ini, jika ada dalam kalangan kita yang terbunuh dan mendapat luka dalam peperangan, maka musuh jua begitu.

Itulah resamnya, andai hari ini kita ketawa, boleh jadi akan datang kita pula yang menangis. Tetapi andai musuh itu membuat khianat, tidak pula selayaknya kita yang buat khianat. Silakan ambil pelajaran sebanyak-banyaknya, bukan pula sebaliknya.

MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
24 Februari 2021 – HARAKAHDAILY 24/2/2021

- Advertisement -