Kes Covid-19 rakyat tempatan di Kedah rendah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor akan menjadi indvidu pertama disuntik vaksin pada program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan 28 Februari ini.

Selain itu diikuti anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri, petugas barisan hadapan termasuk petugas kesihatan dan anggota keselamatan.

Sanusi berkata, kes penularan wabak berkenaan di Kedah masih terkawal dan kes harian dicatatkan terutama membabitkan rakyat tempatan adalah rendah.

“Kedah kelmarin ada 15 kes sahaja. Kes mula meningkat apabila kita mula buat saringan di kilang dan tapak binaan.

- Advertisement -

“Saya ucap terima kasih pada rakyat Kedah yang patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menunjukkan penularan dalam kalangan warga tempatan minimum,” katanya pada program temubual bersama di sebuah stesen televisyen di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri memberi tumpuan menarik pelabur luar bagi melaksanakan pelbagai projek berimpak tinggi yang boleh mendatangkan manfaat kepada rakyat.

“Kedah sehingga sekarang hanya bergantung kepada sektor pertanian. Jadi sekarang kita mencari sumber pendapatan baharu.

“Saya teruskan idea yang digagaskan pemimpin dahulu, bukan sahaja pemimpin tetapi pegawai kerajaan,” jelasnya.

Semalam, Muhammad Sanusi menjadi tetamu program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan Media Prima TV3.

Pada kunjungan itu beliau melawat konti radio serta studio A dan Bilik Berita TV3. – HARAKAHDAILY 24/2/2021

- Advertisement -