Usaha penuhi keperluan makanan atau dedak lembu

- Advertisement -

PENTERNAK biasa bagi dedak yang dicampur air dan lembu pun suka makan makanan yang dicampur air. Tapi kualiti daging akan menurun. Mudah sebut daging jadi lembik dan berair. Walaupun lembu nampak macam gemuk. Orang kampung panggil gemuk air. Bagi dedak dalam keadaan kering lebih baik. Lembu makan dan minum air. Itu lebih baik. Mesti posting ini akan mengundang komen hal makanan lembu susah nak dapat serta harga mahal. 

Kami sedang bergerak untuk penyelesaian jangka pendek dengan sumber yang ada di Terengganu sebagaimana kenyataan kami semalam. Cara kami bertindak, kita tak highlight segala faktor kenaikan harga bekalan makanan ternakan bermula dari bahan mentah, kos operasi masa PKP, kos pengangkutan dan sebagainya kerana ini di luar kawalan kerajaan negeri. Tak perlu kita mengeluh dengan faktor-faktor luar kawalan.

- Advertisement -

Kami berbincang untuk memanfaatkan sumber dalam negeri yang ada. Komen penternak terhadap langkah kita tentu sekali ada yang negatif dan positif. Itu lumrah dan bukan mudah untuk suatu produk baru nak diterima.

Saya telah tegaskan semasa ucapan perasmian pembukaan kilang KPFB lebih setahun yang lalu bahawa target utama ialah, kita mahu produk ini dimanfaatkan oleh rakyat Terengganu. Kerajaan negeri melalui Jabatan Veterinar turut membantu dari segi kepakaran teknikal dan pemasaran walau kerajaan tak ada sebarang saham atau kepentingan. Matlamat kita ialah rakyat. 

Dalam masa yang sama kita sedang dalam perancangan bersama pihak swasta untuk membangunkan sebuah lagi kilang makanan ternakan di Bukit Kor Marang, menambahkan lagi keluasan padang ragut serta menambah keluasan tanaman Napier bagi penghasilan silaj melalui Syarikat TADC sebagai perancangan jangka sederhana. Isu bekalan makanan ternakan antara fokus kita dalam Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 23/2/2021

- Advertisement -