Masalah sampah dan anjing liar perlu diatasi

- Advertisement -

PENDUDUK Kampung Desaras di Tudan, Senadin mengadu masalah timbunan sampah yang mencemarkan kawasan perumahan mereka. Menurut penduduk kampung yang tidak mahu nama mereka disiarkan, mereka mengadu masalah itu kepada kami. Dia mengatakan tong sampah itu dikongsi dengan ratusan rumah di perumahan Tudan Desaras.

Apabila terlalu banyak penduduk membuang sampah, tong sampah penuh dan melimpah, menyebabkan anjing liar yang berkeliaran dan makan sisa dari tong sampah. Banyak anjing liar berkeliaran di kawasan perumahan Kampung Desaras di Tudan yang perlu ditangkap atau dihapuskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya membawa penyakit seperti Rabies dan sebagainya.

- Advertisement -

Perkara ini telah diadukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan tetapi masalah ini belum dapat diselesaikan. Penduduk kampung merasa tidak selesa dan selamat sekiranya tong sampah selalu penuh dan mencemarkan kawasan perumahan mereka, serta anjing liar yang bebas berkeliaran dan juga boleh mengancam keselamatan penduduk di kawasan perumahan tersebut tanpa tindakan Pihak Berkuasa Tempatan.

Kami menggesa agar masalah ini diselesaikan segera demi keselamatan dan kesihatan penduduk di perumahan Desaras Tudan. Bagi penduduk yang memiliki anjing, jangan biarkan anjing mereka berkeliaran di luar kawalan.

Antara masalah lain yang perlu ditangani adalah masalah kenderaan bermotor dan pemandu kereta memandu dengan laju di kawasan perumahan Desaras. Penduduk juga mahu Pihak Berkuasa Tempatan segera membina ‘speed bump’ di kawasan perumahan Desaras untuk mengawal penunggang motosikal daripada menunggang terlalu laju sehingga boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan kepada mereka. Kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menangani masalah ini dengan segera amat dihargai.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak 

English version

The problem of trash and stray dogs needs to be addressed

Residents of Desaras village in Tudan, Senadin complained about the problem of garbage piles that polluted their housing areas. According to the villagers who did not want their names published, they complained to us about the problem. He said the bin was shared with hundreds of houses in Tudan Desaras housing.

When too many people throw garbage, the bins are full and overflowing, causing stray dogs to roam and eat leftovers from the bins. Many wild dogs roam in the residential area of Kampung Desaras in Tudan which need to be captured or eliminated by the local authorities if they carry diseases such as Rabies and so on.

This matter has complained to the local authorities, but this problem has not been resolved. The villagers feel uncomfortable and safe if the bins are always full and pollute their housing area, as well as wild dogs that are free to roam and can also threaten the safety of the residents in the housing area without the action of the local authorities.

We urge that this problem be resolved immediately for the safety and health of the residents in Desaras Tudan housing. For residents who own dogs, do not let their dogs roam out of control.

Among other problems that need to be addressed is the problem of motor vehicles and drivers driving fast in the Desaras residential area. Residents also want the local authorities to immediately build a ‘speed bump’ in the Desaras residential area to control motorcyclists from riding too fast which can cause accidents and injuries to them.

Cooperation with local authorities to address this issue immediately is greatly appreciated.

Yours faithfully,

JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 23/2/2021

- Advertisement -