SPM 2020: Presiden PAS doa pelajar dapat kejayaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendoakan kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 supaya mendapat kejayaan yang penuh cemerlang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mendoakan agar anak-anak yang menduduki peperiksaan itu yang bermula pada hari ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

- Advertisement -

Tuan Guru Abdul Hadi menyatakan demikian dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Peperiksaan SPM 2020 yang berlangsung dalam norma baru kerana pandemik Covid-19 melibatkan seramai 401,105 pelajar di seluruh negara.

Pada hari pertama peperiksaan hari ini, calon akan menjawab subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, masing-masing bermula pukul 8.00 pagi dan 2.00 petang.

Seramai 48,014 pengawas peperiksaan akan memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya sepanjang tempoh peperiksaan yang dijadualkan berlangsung hingga 25 Mac.

Peperiksaan SPM, SVM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diadakan pada November setiap tahun, namun bagi tahun 2020, peperiksaan terbabit terpaksa ditangguh kepada Januari 2021 sebelum dianjak sekali lagi kepada Februari 2021 berikutan penularan pandemik Covid-19 yang memaksa penutupan sekolah. – HARAKAHDAILY 22/2/2021

- Advertisement -