Timbalan Menteri Agama santuni warga Segambut

SEGAMBUT: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Ahmad Marzuk Shaary menyantuni warga Parlimen Segambut, khususnya masyarakat Cina di sini 18 Februari lalu bersempena perayaan Tahun Baru Cina yang disambut masyarakat Cina Tionghua baru-baru ini.

Advertisement

Beliau diiringi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Nasarudin Hassan dan Pengarah Kanan YADIM, Ustaz Azhar Yahya.

Program ini dianjurkan oleh PAS Kawasan Segambut bersama MPP Zon Segambut dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan kerajaan.

Dalam majlis berkenaan, Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa turut menyampaikan sumbangan kepada masyarakat setempat terdiri daripada Melayu, Cina dan India.

Turut sama hadir ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Segambut, Abd Rahim Ahmad, wakil Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Segambut, Kong Tuck Wah serta Pengerusi MPP Zon Segambut yang juga Pengerusi MCA Segambut, Dato’ Danial Ling.

Selain itu, Ketua Bahagian Umno Segambut, Dato’ Mahadir Sulaiman, Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Mahathir Rais dan Ketua Bahagian MIC Segambut turut bersama dalam majlis tersebut. – HARAKAHDAILY 20/2/2021