Kes Thinagaran: Pemuda PAS serah kepada mahkamah

PAS Youth Chief Khairil Nizam Khirudin speaks during the 65th Muktamar in Kuantan June 23, 2019. Picture by Mukhriz Hazim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin menyerahkan segala keputusan kepada pihak mahkamah berhubung kes rasuah MA Thinagaran melibatkan wang jutaan ringgit.

MA Thinagaran merupakan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Khairil berkata, beliau menghormati kedaulatan undang-undang yang ada pada negara ini.

- Advertisement -

“Biarlah yang dituduh itu mempertahankan dirinya di dalam mahkamah nanti,” ujarnya ringkas kepada Harakahdaily hari ini.

Walau bagaimanapun, sebelum ini sebuah media melaporkan Xavier Jayakumar yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan MA Thinagaran adalah pembantunya tetapi hanya kenalan rapat keluarganya.

MA Tinagaran yang juga Timbalan Pengerusi PKR Perak, sebelum ini telah ditahan bersama-sama dua pengarah syarikat dalam operasi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ipoh pada Selasa berhubung kes rasuah bernilai jutaan ringgit melibatkan kementerian itu semasa pentadbiran PH.

Portal itu melaporkan SPRM telah merampas sejumlah RM1.2 juta milik Thinagaran yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Xavier.

Sementara itu akaun bank syarikat milik Thinagaran yang menyimpan sejumlah RM77 juta turut dibekukan.

Laporan itu juga mendakwa, kereta mewah yang dirampas adalah kereta yang digunakan Xavier sebagai kereta rasminya semasa menjadi menteri.

Dilaporkan, rasuah itu melibatkan penyerahan projek pasir yang berada di bawah bidang kuasa Xavier.

Xavier dan Thinagaran merupakan antara yang dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ daripada Istana Kelantan pada 2019. – HARAKAHDAILY 19/2/2021

- Advertisement -