RM300 juta untuk PKS e-Dagang dan ‘online’

- Advertisement -

SEKTOR Industri Kecil Sederhana (IKS) adalah sebuah sektor yang banyak dipelopori oleh golongan pinggir dan luar bandar. Dari pembuatan kraftangan, makanan ringan, makanan sejuk beku, hinggalah ke produk berasaskan kesihatan, usahawan IKS bukan sahaja mempromosi barangan buatan Malaysia di dalam dan luar negara, mereka juga membuka peluang pekerjaan kepada golongan luar bandar.

Semasa sesi Tinjau MOF ke Sabak Bernam, saya telah berjumpa dengan dua usahawan IKS iaitu, Puan Hasnah Mashud, yang mengusahakan kilang kecil makanan ringan seperti kerepek, kuih-muih, dan biskut, serta En Mohamed Amin Othman, penternak lebah kelulut yang juga menghasilkan produk kesihatan berasaskan madu.

- Advertisement -

Selain dari ingin meningkatkan kapasiti kerja melalui pertambahan tenaga kerja dan mesin berteknologi moden, mereka juga ingin mengembangkan perniagaan secara dalam talian serta kaedah penggunaan ejen ‘dropship’ dan stokis.

Saya memberitahu mereka bahawa selain dari inisiatif kemudahan pembiayaan mikrokredit di bawah Belanjawan 2021, kerajaan juga menggalakkan PKS mikro untuk  memanfaatkan kempen e-Dagang dan Shop Malaysia Onlinedengan peruntukan sebanyak RM300 juta, bagi membantu PKS mikro memulakan jualan dalam talian.

Small-Medium Sector (IKS) is a sector that consists mainly of sub-urban and rural groups. From handicrafts, snacks, frozen foods, to health-based products, IKS entrepreneurs do not just promote Malaysian products domestically and internationally, they also build employment opportunities for other people in the rural area.

During my Tinjau MOF session to Sabak Bernam, I have met with 2 IKS entrepreneurs, Puan Hasnah Mashud, who produce snacks like chips, kuih-muih, and biscuits, as well as En Mohd Amin Othman, a breeder of stingless bee (lebah kelulut) and produces honey and health-based products.

Other than having the vision to increase work capacity through expanding their workforce and incorporating modern-technology machines, they also expressed their ambition to enhance their sales through online, dropship agents and stockists.

I briefly explained to them that other than the microcredit financing scheme under Budget 2021, the Government also encourages Micro SMEs to take advantage of the e-Commerce Campaign and Shop Malaysia Online allocation of RM300 million, which will definitely help them start their online business.

YB SENATOR DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan Malaysia – HARAKAHDAILY 18/2/2021

- Advertisement -