Pihak pertikai khitan gagal fahami hujah ulama

- Advertisement -

KOTA BHARU: Khitan adalah amalan yang sudah dilakukan sejak sekian lama dalam tradisi Islam, malah jumhur ulama berpendapat hukumnya sunat bahkan wajib untuk laki-laki.

Namun terdapat perbedaan pendapat mengenai khitan untuk perempuan.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kenyataan pihak tertentu yang mempertikaikan pekara itu dianggap dangkal dan gagal memahami kedudukan sebenar.

Katanya, pihak yang tidak arif jangan semberono mempertikaikan amalan khitan dengan mengatakan perkara itu tidak memberikan apa-apa kebaikan dan faedah.

- Advertisement -

“Semua pihak perlu menghormati pandangan serta pendapat para ulama tersohor yang sekian lama membahaskan berkenaan hukum khitan.

“Hukum khitan bagi perempuan terdapat perbezaan pendapat dalam mazhab al-Syafie iaitu sunnah dan harus.

“Namun dalam mazhab lain turut berpandangan tidak harus dengan mengemukakan hujah berkenaan dengan lumrah semulajadi seorang wanita,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini Pengurus Program Advokasi, Perkhidmatan Undang-Undang dan Penyelidikan Sisters In Islam (SIS), Shareena Sheriff dilapor berkata, khitan perempuan dianggap sebagai pelanggaran hak asasi, kesihatan dan integriti kanak-kanak perempuan.

Dr Nik Zawawi juga berkata, khitan bagi kanak perempuan diamal berasaskan ijtihad alim ulama silam seperti Iman Syafie biarpun tidak disebut dalam al-Quran dan Hadis.

Bagaimanapun dalam konteks Malaysia beliau berpandangan adalah harus dikhitankan anak-anak perempuan.

Malah Fatwa Muzakarah Kebangsaan pada 2009 memutuskan amalan berkaitan khitan bagi wanita sebahagian daripada syiar Islam.

“Saya juga tidak menghalang sesiapa yang tidak mengkhitankan dalam keadaan mereka (ibu bapa) boleh jaga anak dengan baik,” katanya.

Justeru itu katanya, setiap pandangan yang dilontarkan perlu diteliti serta difahami dengan baik bagi mengelak salah faham sekaligus mengelak gambaran buruk. – HARAKAHDAILY 18/2/2021

- Advertisement -