PAS ini ada mak ayahnya

- Advertisement -

SAYA nak pesan kepada siapa di luar sana bahawa PAS ini masih ada mak ayah. Mak ayah kami ialah Tuan Guru Presiden dan Timbalan Presiden. Harian dan AJK Pusat adalah abang-abang dan kakak sulung, adik-adik dan anak-anak.

PAS boleh dikritik, PAS boleh ditegur dan PAS sedia menerima pandangan siapa pun. Tapi jangan sampai membiarkan orang yang berada di luar tanzim jamaah yang catur dan atur jamaah ini. Sebab dekat luar sana ramai yang minat nak jadi Master Mind tapi tak nak duduk dalam tanzim.

- Advertisement -

 Mereka nak kita dengar cakap mereka lebih dari dengar cakap pimpinan utama kita. Awas. Untuk huru-harakan kita mereka sanggup cipta macam-macam cerita dan reka macam-macam spekulasi. Kaedah berkeluarga dan anak beranak ialah selesaikan masalah dengan mak dan ayah. Jangan duduk cari jiran dulu. 

Saya selalu sebut, nak tenang dalam jamaah ini jangan berjalan zig zag, jalan lurus saja. Cari redha Allah dan Rasul. Taat dan walak pimpinan. Ikut tanzim parti dan jangan banyak duduk sembang dengan musuh dan orang luar yang anti pimpinan dan parti kita. Jangan duduk buru kedudukan dan kepentingan diri, insya-Allah kita akan tenang. 

Kalau dipilih jangan sombong. Kalau tak dipilih jangan dukacita. Kita bantu pula orang yang dipilih. Kalau nampak ada yang nak bawa parti dan pimpinan ke arah lain kita bangun memberikan teguran atau tentangan. Apa lagi yang kita mahu dalam usia yang singkat ini selain beribadah, berjuang dan cari redha Allah. 

Tak ada masa nak cakap banyak dan berangan-angan itu ini untuk diri sendiri. Apatah lagi nak bergaduh dan berbalah sama sendiri. Kita dah sangat bertuah Allah anugerahkan Presiden dan Timbalan Presiden yang terbaik untuk jamaah ini di samping Mursyidul Am yang tawadhu. Tak payah pecah kepala duduk fikir kau duduk dekat situ dan aku duduk dekat sini. Yang dekat sebelah ini kawan aku dan belakang itu kawan engkau. Jom luruskan Tawajjuh perjuangan kita.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 18/2/2021

- Advertisement -