PAS Bukit Mertajam usaha bantu mangsa kebakaran

- Advertisement -

BUKIT MERTAJAM: PAS Kawasan Bukit Mertajam telah menziarahi sebuah keluarga yang kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Tasek Junjong, Simpang Ampat, di sini semalam.

Rombongan PAS Bukit Mertajam ini diketuai Yang Dipertua, Norazman Ishak diiringi Timbalan Ketua Pemuda, Solehin Shafiee dan Ketua Muslimat, Noriah Ibrahim serta guru-guru PASTI Hira’.

- Advertisement -

Menurut ketua keluarga itu, Abdul Rahman Mustafa, kejadian jam 8:30 malam kelmarin itu menyebabkan keseluruhan rumah itu terbakar, namun bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang Bubuk dan Simpang Ampat membantu memadamkan kebakaran dan kerugian dianggarkan sebanyak RM 200,000. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujar beliau.

Sementara itu, Norazman berkata, pihaknya yang mendapat khabar duka tersebut terus bertindak menggerakkan usaha menyalurkan sumbangan barangan keperluan dan wang ringgit untuk meringankan beban mangsa.

“Kita akan membantu untuk membersihkan rumah mangsa melalui Jabatan Amal di bawah Dewan Pemuda PAS kawasan setelah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa dan tuan rumah,” ujarnya.

Para dermawan yang ingin menyumbang dan membantu meringankan beban mangsa boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 1573 2607 9066 atau hubungi Abdul Rahman di talian 0134356429. – HARAKAHDAILY 18/2/2021

- Advertisement -