Lelaki dikait pengasas Sugarbook ditahan polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas laman Sugarbook disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Selasa lepas, pengasas portal itu pula dilapor ditahan polis.

Lelaki itu dikatakan berasal dari Pulau Pinang ditahan ibu negara, kira-kira jam 4.30 petang semalam melalui Ops Sugarbook.

Menurut kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Dato’ Fadzil Ahmat permohonan reman ke atas suspek dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Katanya berdasar siasatan awal polis di mana suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook.

- Advertisement -

“Siasatan terhadapnya dijalankan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya di sini.

Baru-baru ini, banyak pihak termasuk Dewan Muslimat PAS Malayasia membuat laporan polis terhadap aplikasi tersebut yang menawarkan aktiviti tidak bermoral.

Sugarbook dilancar di negara ini pada 2017 diasas lelaki rakyat tempatan dilapor bernama Darren Chin. Laman itu juga dikaitkan dengan aktiviti sugar baby, sugar daddy dan sugar mummy.

Pengguna laman berkenaan didakwa melibatkan ramai pelajar institusi pengajian tinggi yang bertindak sebagai sugar daddy semata-mata untuk hidup mewah.

Malah pada Disember 2019 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengarahkan papan tanda iklan Sugarbook di Bangsar dan dan Bukit Kiara diturunkan.

Fadzil juga berkata, siasatan terhadap suspek juga dijalankan mengikut Seksyen 372 (1) (d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan. – HARAKAHDAILY 18/2/2021

- Advertisement -