RM4.79 bilion untuk petani dan penternak

- Advertisement -

SELAIN dari petani dan nelayan, saya juga telah melawat dua penternak muda di Sabak Bernam semasa sesi Tinjau MOF. Seorang daripada mereka adalah penternak lembu dan seorang lagi merupakan penternak kambing biri-biri.

Rasfanjani Mashugi, 33, bermula pada 2009 dengan 15 ekor lembu dan kini menternak hampir 300 ekor lembu. Selain dari ingin mengembangkan perniagaan ke negeri lain, beliau juga menanam hasrat menambah jumlah ternakan di tanah beliau berkeluasan 5 ekar untuk mengeksport daging lembu ke luar negara.

- Advertisement -

Bagi Zul Ashrafe Abd Ghani, 36, penternak kambing biri-biri, beliau bercita-cita untuk mengembangkan perniagaan sambil membuka peluang kepada anak muda dan golongan berpendapatan rendah menceburi bidang ini. Kini beliau telah membina sebuah bangunan untuk dijadikan sebuah pusat latihan untuk mereka yang ingin memulakan ternakan biri-biri sendiri. Antara penggalak kepada kemajuan Zul Ashrafe dalam bidang ini adalah penerimaan geran Agroprenuer Muda sebanyak RM20,000 pada 2015.

Di bawah Belanjawan 2021, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah diperuntukkan sejumlah RM4.79 bilion untuk memperkasa sektor pertanian dan penternakan serta memperkukuh keselamatan makanan negara. Bagi sektor penternakan, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta khusus untuk projek pertanian dan penternakan berimpak dan bernilai tinggi bagi meningkatkan pengeluaran agromakanan negara. 

Besides visiting fishermen and farmers in Sabak Bernam, I also visited 2 young cattle and sheep breeders during my #TinjauMOF session.

Rasfanjani Mashugi, 33, is a cattle breeder who started in 2009 with just 15 cows and now has nearly 300. He hopes to not just expand his business to other states, but also to increase the livestock on his 5 acre farm and export them internationally.

Zul Ashrafe Abd Ghani, 36, a sheep breeder, also aspires to expand his farm as well as to train the youth and low-income group to enter the business. He is currently building a training centre for those who would like to start breeding sheep. Among the catalysts for his success was the RM20,000 Agropreneur Muda Grant in 2015.

Under Budget 2021, Ministry of Agriculture and Food Industries has allocated RM4.79 billion to empower agriculture and livestock sectors, as well as strengthen our nation’s food security. For the livestock sector, the Government has specifically allocated RM100 million for high value impact agriculture and livestock projects to increase agrofood production.

YB SENATOR DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan Malaysia – HARAKAHDAILY 17/2/2021

- Advertisement -