Jabatan Amal Raub bantu PASTI pantau SOP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Raub membantu memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sepanjang tempoh Perasmian Pembukaan PASTI Raub, di Raub, semalam.

Bangga dengan tindakan itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Raub mengucapkan tahniah dan syabas terhadap JAM Kawasan Raub atas inisiatif tepat dan bijak yang diambil pertubuhan itu.

- Advertisement -

Setiausahanya, Amirullah Badaruddin berkata, tindakan JAM Kawasan Raub itu selari dengan seruan kerajaan dalam melawan pandemik Covid-19 ketika ini.

Katanya, sebagaimana sedia maklum, daerah Raub telah dikenakan PKPD bagi kawasan Raub Perdana yang sedikit sebanyak menyulitkan pengurusan harian masyarakat setempat.

Justeru itu, kata Amirullah, memandangkan ramai pihak yang terkesan dengan keadaan tersebut, JAM Kawasan Raub turut menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan seperti cecair pembasmi kuman, sabun pencuci pinggan, biskut dan roti serta telekung solat dan sejadah.

“Secara umumnya Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada semua PASTI kawasan Raub, iaitu PASTI Mantik, PASTI Al-Fateh, PASTI Al-Muttaqin,PASTI Al-Hannan, PASTI Al-Islah dan PASTI Al- Kauthar atas pematuhan SOP yang telah dilaksanakan dengan baik dan cemerlang.

“Dewan Pemuda PAS Kawasan Raub juga merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak berkuasa yang telah memberi kebenaran kepada PASTI Negeri Pahang beroperasi dengan SOP yang ketat,” ujarnya dalam satu kenyataan media, semalam. – HARAKAHDAILY 17/2/2021

- Advertisement -