Bekas pemain antarabangsa Jepun bantu skuad KUFC

- Advertisement -

KOTA BHARU: Dua pemain import dari Jepun, Masashi Motoyama dan Shuhei Fukai tiba di sini hari ini untuk bersama Kelantan United Football Club (KUFC) bagi menghadapi saingan Liga Premier 2021.

Penasihat KUFC, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, kedua-dua pemain tersebut menjalani kuarantin di Kuala Lumpur selepas menandatangani kontrak bersama KUFC secara maya baru-baru ini.

“Hari ini lengkaplah pasukan kelab ini dengan kehadiran pemain import ke empat, di mana dengan sampai dua pemain dari Jepun melengkapkan pasukan KUFC bagi merancakkan lagi saingan liga.

- Advertisement -

“Kita harap dengan kehadiran kedua-dua pemain baharu ini mampu memberi saingan dalam Liga Perdana dijangka bermula Mac ini. Kita harap supaya pasukan ini diperkuatkan dengan pemain ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ringkas memperkenalkan dua pemain terbabit bersama Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV hari ini.

Motoyama, 41 merupakan bekas pemain antarabangsa Jepun yang dianggap lagenda bagi pasukan Samurai Biru dalam saingan bola sepak pada arena antarabangsa.

Beliau menganggotai pasukan itu bersama beberapa pemain terkenal Jepun termasuk Nakamura, Nakata Endo dan ramai lagi pada awal tahun 2000 hingga 2006, malah ia dianggap aset penting bagi KUFC.

Pengalaman beliau yang mempunyai kesemua medal dan piala dalam persaingan Liga Jepun serta pernah membantu negara Matahari Terbit itu muncul juara Piala Asia 2004 di China.

Sebelum menyertai KUFC, Motoyama yang merupakan pemain tengah pernah mewakil dua kelab sepanjang karier senior iaitu 18 tahun bersama Kashima Antlers dan empat tahun bersama Giravanz Kitakyushu.

Sementara Shuhei Fukai pula beraksi di posisi kegemarannya iaitu pertahanan tengah bersama Vans Hachinohe bagi menghadapi saingan pada Liga Premier musim 2021. – HARAKAHDAILY 16/2/2021

- Advertisement -