Menyusun rutin di sebalik keterbatasan bergerak

di
- Advertisement -

SEKIRANYA terbatas pergerakan semasa musim PKP ini jom kita lakukan perkara ini:

(1) Buat senarai semak kerja (tak kira kerja sendiri, kerja kerajaan atau swasta). Sentiasa tengok senarai semak tersebut dan lakukan mengikut prioriti. Apa yang boleh settle segera, jangan tangguh.

(2) Buat senarai semak kerja jamaah. Juga lakukan seperti di atas. Lunaskan setakat termampu. Catat mana yang urgent dan important.

(3) Jika ada banyak masa lapang, boleh ulangkaji kitab-kitab yang lama dan baca yang baru. Tetapkan masa dalam jadual. Setengah jam atau 1 jam. Setengah muka surat atau 1 muka surat pun ok.

- Advertisement -

(4) Boleh juga belajar secara online menerusi video rakaman asatizah dan Tuan-tuan Guru yang banyak di Youtube. Juga tetapkan masa bila, supaya jangan sampai terleka. Sikit atau sekejap pun tak apa. Dapat 1-2 ilmu baharu.

(5) Boleh juga ikuti majlis ilmu secara live sekarang ini yang banyak dianjurkan percuma oleh pelbagai pihak. 

(6) Jangan sampai lupa peruntukkan masa sedikit untuk peluk, geletek, main-main dan cium anak-anak. Mereka juga ada hak ke atas kita.

(7) Kemaskini fail di rak atau dalam folder laptop. Buang yang tak berkaitan. Susun elok-elok ikut tajuk yang betul. 

(8) Peruntukkan masa juga untuk bersosial di media sosial (medsos). Komen mana yang patut. Reply komen yang ada. Kalau rasa berat sangat dah, clear chat saja terutama kalau banyak sangat merapu. Bab medsos ini jangan baca dengan hati bawang sangat. Buat hati kering saja sesetengahnya.

(9) Jangan banyak sangat buang masa dengan medsos melainkan perkara yang bermanfaat. Kalau rasa apa yang kita nak tulis atau komen itu termasuk dalam kategori jihad, amal soleh dan jariah, teruskan. Kalau setakat nak lampiaskan keinginan hati sahaja, baik tak payah.

(10) Jangan lupa masukkan juga jadual al-Quran, zikir dan buku bacaan. Sikit-sikit tak apa janji istiqamah.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

*Tips buat diri sendiri. Kalau baik jom kongsi.

USTAZ HAZMI DIBOK – HARAKAHDAILY 15/2/2021

- Advertisement -