Warga emas 94 tahun, kanak-kanak OKU disantuni

Ustaz Alias bertanya khabar satu keluarga di DUN Kijal.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Alias Abd Hamid meluangkan masa untuk bertemu dan bertanya khabar penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, kelmarin.

Beliau bersama para pegawai Pejabat Parlimen Kemaman turun menziarahi 13 orang penerima di DUN Kijal yang terdiri daripada Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Batu 9, JPKK Pondok Pasir dan JPKK Kampung Ibok di kediaman masing-masing.

Yang Dipertua PAS Kemaman Kemaman itu bertemu dan menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dapur kepada para penerima.

- Advertisement -

Mereka terdiri daripada penerima yang paling muda berusia enam tahun iaitu seorang kanak-kanak OKU sehingga seorang warga emas berusia 94 tahun.

“Semoga semuanya diberi sebaik-baik kesembuhan oleh Allah SWT dan diberi kelapangan hati menjalani ujian-ujian inim” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, semalam.

Menurutnya, berkata dan mendoakan kebaikan kepada mereka yang sedang sakit adalah satu tuntutan dalam agama bahkan ia menjadi doa yang akan diaminkan oleh para malaikat.

Ini, menurutnya mengingatkan beliau kepada satu pesanan baginda Nabi SAW, daripada Ummu Salamah r.anha, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan”.

Beliau yang juga AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu turut mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Pembantu Hal Ehwal Kebajikan Parlimen Kemaman (DUN Kijal), Haji Abdul Wahab Ahmad serta AJK JPKK yang turut serta memudahkan urusan ziarah itu. – HARAKAHDAILY 14/2/2021

- Advertisement -