Pra-Tahfiz PASTI Iqra’ Karak buka ruang berjariah

tahfiz
- Advertisement -

MEMAHAMI masalah yang membelenggu pasangan ibu bapa bekerja yang mengalami kesukaran besar akibat penutupan taska dan pusat jagaan kanak-kanak, kerajaan telah membenarkan taska dan tadika swasta yang terjejas akibat PKP 2.0; beroperasi semula mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat tidak terkecuali rangkaian Pusat Asuhan Tunas Islam, PASTI.

Walau bagaimanapun di Karak, PASTI IQRA’ milik PAS Cawangan Karak yang telah memulakan kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan pra-tahfiz bersebelahan bangunan PASTI sejak penghujung cuti persekolahan Disember lalu, terpaksa menangguhkan sementara hasrat pengoperasian PASTI mereka ekoran kekangan kewangan bagi menyudahkan projek yang menelan belanja RM28 ribu sebelum ianya selamat dibuka dan diguna kepada anak-anak PASTI.

- Advertisement -

Menurut Pengurus Pra-Tahfiz PASTI IQRA’; Sabri Awang, projek ini memang sudah lama dirancang tetapi terbantut disebabkan situasi semasa yang tidak menentu dan tambah terencat apabila jumlah wang yang diperlukan untuk menjayakan projek ini tidak mencukupi.

“Kos pembinaan keseluruhan bangunan tambahan PASTI ini adalah sebanyak RM28 ribu. Sumbangan orang ramai masih belum mencukupi. Kami tiada pilihan lain dan terpaksa mengeluarkan`duit poket’ PASTI sendiri bagi menyudahkan projek naik taraf kelas pra tahfiz untuk pelajar berusia 4 dan 5 tahun ini secepat mungkin dilengkapi kemudahan bilik mandi.

“Sumbangan orang ramai amat lah kami perlukan bagi memenuhi impian anak-anak yang sudah tidak sabar untuk ke sekolah dan merealisasikan hasrat murni PASTI sebagai wadah dan pilihan terbaik kepada ibu bapa bagi menjadikan PASTI sebagai ‘sekolah’ pertama anak-anak mereka,” jelas Sabri penuh harap dan mengalu-alukan sebarang infak lain seperti kerusi dan meja sebanyak 50 buah dan papan putih dalam 2 buah

PASTI IQRA’ Karak mula beroperasi sekitar tahun 2014 dengan tenaga pendidik seramai 4 orang dan murid asuhan seramai 50 orang. Pada ketika ini, premis PASTI Iqra’ juga berfungsi sebagai Markas PAS Cawangan Bandar Karak merangkap Markas PAS DUN Sabai dalam menggerakkan pelbagai aktiviti PAS secara khusus di sini.

Pengoperasian PASTI secara bersemuka seluruh negara telah bermula pada 8 Februari 2021 selaras pengumuman kebenaran yang telah dibuat oleh pihak PASTI Malaysia melalui satu surat siaran bertarikh 1 Februari lalu iaitu secara bersyarat dan pematuhan SOP yang ketat termasuk proses sanitasi premis yang telah dijalankan oleh pihak Jabatan Amal Malaysia (AMAL).

Di kala anak-anak lain sudah tersenyum merasai nikmat bersekolah, rupanya ada lagi anak-anak yang belum dan masih tertunggu-tunggu mengecap keseronokkan ‘hari pertama adik ke sekolah’.

Ayuh sahabat! Pemberian RM10, RM20 mahupun RM50 mungkin kecil bagi kita, tetapi bagi orang-orang yang berada di dalam kesusahan dan amat memerlukan, nilainya laksana air yang jatuh mencurah-curah yang bukan sahaja mampu membangkitkan sebuah kehidupan di dunia tetapi mampu pula membahagiakan kehidupan si pemberinya di akhirat kelak, insya-Allah.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diredhai oleh Allah S.W.T dan semoga segala sumbangan akan menjadi asbab lahirnya  generasi yang mengamalkan dan menyebarkan Islam di masa akan datang

Sebarang sumbangan atau infak sahabat budiman dan dermawan yang pemurah bagi menyempurnakan projek naik taraf Pra Tahfiz PASTI Iqra’ Karak ini boleh lah disalurkan kepada:

Maybank Pra-Tahfiz PASTI Iqra’ Karak
(556084058943)
*Mohon maklum segala transaksi kepada Sabri Awang di talian011-55026488 – HARAKAHDAILY 14/2/2021

- Advertisement -