KUALA LUMPUR: Sudah ramai dalam kalangan penggerak Masjid Mukim Mengkebang, Kuala Krai meninggal dunia, kata Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman.
Beliau menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan semalam kerana sudah agak lama tidak bersama ahli jemaah di situ.
“Setelah sebulan solat Jumaat di masjid-masjid di negeri Kelantan diketatkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
“AlhamdulilLah hari ini dilonggarkan kembali agar solat Jumaat dapat ditunaikan dengan jumlah yang lebih ramai,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya, semalam.
Menurutnya, sudah pastinya dengan sama-sama mengambil tanggungjawab menjaga SOP yang diperlukan agar rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

“Saya memilih Masjid Mukim Mengkebang untuk menunaikan solat pada hari ini (semalam) kerana sudah agak lama tidak bersama ahli jemaah di sana,” katanya.
Tambahnya, usia solat mengambil peluang bertanya khabar dengan imam dan ahli jawatankuasa masjid berkaitan perkembangan semasa dan maklumat terkini ahli kariah.
Katanya lagi, sudah ramai penggerak masjid itu yang telah meninggal dunia, antaranya Tok Imam Che Soh, Pak Ku Lah, Pak Lah Tok Bilal dan ramai lagi.
“Semoga mereka semua ditempatkan bersama para solihin. Semoga masjid kita terus makmur dengan solat berjemaah dan kuliah selepas ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/2/2021
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!