Jangan biar penyedia aktiviti seks berbayar berleluasa

Sugarbook

- Advertisement -

SUKAR difahami mengapa Sugarbook terus dibiarkan berleluasa sedangkan ia, di sebalik penegasan CEO-nya bahawa ia bertujuan untuk ‘empower’ wanita, jelas adalah penyedia aktiviti seks berbayar.

Mengikut laman web Sugarbook sendiri, Sugar Baby adalah wanita muda yang menukarkan penemanan, persahabatan dan seks untuk wang, hadiah dan pemanjaan daripada lelaki tua kaya.

Laman web Sugarbook sendiri juga menyatakan dengan terbuka kepada Sugar Baby-nya supaya hanya bersetuju untuk melakukan aktiviti seks setelah ganjaran ke atasnya dibincangkan.

- Advertisement -

Tidakkah ini bukti jelas bahawa Sugarbook menyediakan ruang kepada rakyat Malaysia untuk terlibat di dalam perbuatan seks berbayar yang merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang negara?

Ada juga kawan-kawan kita yang menafikan dakwaan Sugarbook bahawa 1,280 pelajar Universiti Malaya dan 704 pelajar Universiti Teknologi MARA menjadi Sugar Baby dengan Sugarbook.

Saya memasuki laman web Sugarbook pagi ini dan mendapati bahawa kita perlu membayar USD62.95, USD48.95 atau USD34.95 sebulan untuk berinteraksi dengan Sugar Baby-nya.

Soalannya ialah siapakah yang sanggup membayar USD62.95, USD48.95 atau USD34.95 sebulan untuk berinteraksi dengan Sugar Baby Sugarbook jika Sugar Baby ini adalah sesuatu yang ‘fake’?

Dan jika benar dakwaan ke atas UM dan UiTM, serta ke atas IPT-IPT lain, adalah fitnah maka mengapakah Sugarbook tidak dikenakan tindakan kerana membuat fitnah ke atas institusi negara?

Saya menyeru supaya Kerajaan PN mengambil tindakan tegas terhadap Sugarbook, tidak seperti Kerajaan PH yang menyokong dengan memberi ruang kepada Sugarbook melalui BERNAMA.

Sedih dan kasihan saya melihat muka gadis-gadis Melayu yang menawarkan diri menjadi Sugar Baby melalui Sugarbook, marilah kita selamatkan mereka dari terjebak dalam lembah kemaksiatan. – HARAKAHDAILY 13/2/2021

- Advertisement -