Anwar hanya relevan jadi pembangkang – Megat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Armada Cawangan Sirusa, Megat Muhammad Faris menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan masalah kemiskinan tidak akan dapat di selesaikan dengan hanya memberi bantuan makanan dilihat jelek di mata anak muda.

- Advertisement -

“Kami merasa terhina apabila kenyataan ini dikeluarkan tatkala kami melihat air mata kesyukuran ketika golongan ini di berikan bantuan makanan,” katanya pada satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, kenyataan itu seolah-olah menghina kerja-kerja amal yang di lakukan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat, usahawan-usahawan berjaya malahan dari orang-orang biasa.

Sementara itu, tegas Megat Muhammad lagi, itu bicara soal makan rakyat bukan bicara soal cukup kerusi atau soal siapa perdana menteri.

“Perkara ini bukan boleh di perkotak-katikkan. Habis itu jika tidak diberikan makanan apa yang perlu kita lakukan untuk membasmi kemiskinan dalam keadaan wabak COVID-19 ini?

“Golongan ini perlukan makanan untuk terus hidup. Saya yakin dan percaya kerajaan melalui agensi-agensi yang telah ada akan cuba membantu golongan ini dalam pelbagai aspek,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan kewujudan program-program untuk anak muda di kampung-kampung di Parlimen Port Dickson yang tidak kelihatan.

“Kami lihat saudara Anwar Ibrahim mempunyai pelbagai idea untuk membantu, tapi kami di Port Dickson ingin tahu Pelan Pembangunan yang di lihat hanyalah samar dari menang pilihan raya kecil sehingga kini.

“Saya yakin dan percaya harapan kami dahulu melihat kemenangan Anwar Ibrahim di Port Dickson pasti membawa satu sinar yang baik untuk rakyat PD. Tapi sayang kami masih menanti sinar itu,” ujarnya kecewa. – HARAKAHDAILY 13/2/2021

- Advertisement -