Ketepikan politik sementara – Megat Faris

- Advertisement -

SEREMBAN: Semua pihak diminta ketepikan sentimen politik sementara waktu dengan kembali memfokuskan isu kebajikan rakyat.

- Advertisement -

Pengerusi Pertubuhan Anak Watan Nasional, Megat Muhammad Faris berkata, sejak akhir-akhir ini rakyat terlalu banyak dihidangkan dengan berita-berita yang boleh menggangu gugat politik negara.

Malah kata AJK Biro NGO dan Belia Armada Nasional itu, apa yang telah dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah perintah darurat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Tegas beliau, perintah itu adalah bagi menstabilkan keadaan adalah satu tindakan yang bijak tatkala penularan Covid-19 sedang berlaku.

“Kami selaku anak muda amat penat dengan keadaan yang menganggu gugat negara kita ini.

“Apa yang kami mahu fokuskan adalah bantu rakyat.Bukan bercerita soal siapa cukup kerusi,soal siapa perdana menteri atau soal siap salah,” katanya kepada HarakahDaily semalam.

Kata Megat Muhammad Faris lagi, sebagai contoh satu perkara yang telah diusahakan oleh anak muda Kampung Baru Sirusa melalui Pertubuhan Anak Watan Nasional adalah inisiatif untuk membantu peniaga kecil di kawasan ini dengan memberi bahan iklan percuma untuk peniaga-peniaga kecil di kawasan kami.

Katanya lagi, usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan peniaga dalam mengenalkan peniagaan mereka yang agak kurang mendapat sambutan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Lantaran itu kami anak-anak muda berterima kasih kepada kerajaan yang saban hari membantu peniaga kecil dalam inisiatif Geran Khas Prihatin ianya dapat mengurangkan beban peniaga-peniaga kecil,” ujarnya.

Beliau berharap perkara yang berbaur politik ini dihentikan sementara dan memberi ruang buat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan kerja-kerja membantu rakyat dengan inisiatif-inisiatif yang akan di laksanakan. – HARAKAHDAILY 10/2/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!