Hasrat wujudkan pusat sehenti di G.Semanggol

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Menjadi sebuah tanggungjawab mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) agar sentiasa peka dengan permasalahan penduduk dan berusaha menambah baik kemajuan tempatan.

- Advertisement -

Justeru itu, ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria berhasrat mewujudkan sebuah pusat sehenti bagi penjenamaan produk tempatan seperti wadai kipeng, kalakatar dan ikan Wadi sebagai usaha mempopularkan lagi hasil keluaran dari daerah itu.

Beliau yang juga merupakan Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri Perak itu mejelaskan penjenamaan dilihat sebagai satu instrumen yang penting dalam pemasaran sesebuah perniagaan.

Katanya, penjenamaan produk tempatan merupakan langkah proaktif dalam menguasai pasaran sesuatu produk.

“Hal ini kerana, ia membantu membentuk identiti produk tersebut sekali gus mengangkat sesuatu perniagaan ke tahap yang baru,” jelas Razman.

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan bersemuka bersama Pegawai Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri dan diringi Pegawai Pusat Khidmat ADUN Gunung Semanggol, Ahmad Rosman Razali di Pejabat Daerah dan Tanah Kerian Parit Buntar, di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohd Sabli Bakri di dalam pertemuan itu merakamkan penghargaan kepada Razman di atas kejayaan mendapatkan peruntukan membina laluan fasa pertama ke puncak Bukit Semanggol dalam rangka memajukan ekopelancongan tempatan. – HARAKAHDAILY 10/2/2021

- Advertisement -