Belanda lanjutkan perintah berkurung hingga 3 Mac

Foto hiasan.
- Advertisement -

MOSCOW: Perintah berkurung di Belanda dilanjutkan sehingga 3 Mac, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan dikeluarkan kerajaan.

- Advertisement -

“Langkah itu perlu diambil kerana banyak kes jangkitan varian baharu Covid-19 menular di Belanda. Ini boleh menyebabkan lonjakan jangkitan baharu,” tambah kenyataan itu.

Jika terdapat sebarang perubahan baharu mengenai langkah-langkah sekatan termasuk perintah berkurung akan diumum Kabinet pada 23 Februari.

Belanda mengenakan perintah berkurung pada 23 Januari dari jam 9 malam hingga 4.30 pagi. Mereka yang ingkar akan dikenakan denda 95 euro (US$114).

Sebelum ini, negara itu mengenakan sekatan pergerakan penuh bermula 15 Disember 2020 hingga 9 Februari 2021.

Bermula 16 Disember 2020 semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan universiti, diarahkan melakukan pembelajaran jarak jauh. – BERNAMA

- Advertisement -