DBKL tutup hotel jalankan aktiviti tidak bermoral

Foto daripada Facebook DBKL.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan Operasi Tindakan Khas terhadap sebuah hotel di Jalan Pudu Ulu, di sini tengah hari tadi.

“Menerusi aduan awam yang diterima, DBKL telah membuat siasatan dan risikan awal dan mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral di dalam premis berkenaan,” ujar DBKL dalam satu kenyataan, malam ini

- Advertisement -

Menurut kenyataan itu, walaupun hotel tersebut mempunyai lesen yang sah namun tindakan menjalankan aktiviti tidak bermoral adalah menyalahi undang-undang dan peraturan pelesenan.

Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan mengeluarkan notis pemberitahuan tentang kesalahan di bawah Seksyen 29 Akta Hotel (WPKL) 2003 dan penutupan serta merta di bawah Seksyen 18 Akta Hotel (WPKL) 2003 telah dilaksanakan.

“Tindakan sita terhadap pelbagai peralatan di dalam premis seperti kondom dan minyak pelincir bagi tujuan aktiviti pelacuran juga dilakukan,” ujarnya.

Sumber foto: Facebook DBKL

Katanya, hasil semakan di premis berkenaan, seramai tiga orang wanita warga Thailand yang disyaki pekerja seks, seorang pelanggan warga Bangladesh dan seorang warga tempatan sebagai penjaga premis tersebut telah diambil keterangan untuk proses dokumentasi.

“Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan SOP DBKL. Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 8/2/2021

- Advertisement -