Hidup kembali Mini Cub Prix Championship

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Peneraju sukan bermotor di negara ini berharap dapat menghidupkan kembali Mini Cub Prix Championship.

Perlumbaan itu khusus untuk pelumba muda berusia antara 6 dan 12 tahun dijangka diadakan pada Mei atau Jun hadapan.

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd Ron Hogg berkata, adalah menjadi harapan pihaknya sukan terbabit dapat diadakan kembali.

- Advertisement -

Manakala dalam perkembangan berkaitan katanya kejohanan Prix Piala Malaysia 2021 Petronas akan kembali dengan 10 pusingan perlumbaan bermula Mac.

“Empat daripadanya akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.

“Manakala Litar Tangkak, Johor dan Terengganu akan menjadi tuan rumah dua perlumbaan.

“Baki dua tempat perlumbaan iaitu pusingan lima dan sembilan masih belum dapat dipastikan,” katanya pada satu kenyataan kepada Bernama, semalam.

Kata beliau, sekiranya tiada halangan, perlumbaan dapat dimulai musim 2021 pada Mac dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Penganjur mempertimbangkan perlumbaan akan dilakukan di belakang pintu tertutup musim ini.

- Advertisement -