Budak 12 tahun antara ditahan kes dadah

- Advertisement -

KANGAR: Kanak-kanak berumur 12 tahun antara lapan suspek yang ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Padang Besar berkaitan kes dadah.

Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis Zainudin Ahmad berkata, penahanan itu dibuat susulan tangkapan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan pada 1 Februari lepas.

- Advertisement -

Katanya, hasil serbuan anggota polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah yang bernilai RM640,000.

“Jumlah dadah yang dirampas dianggarkan untuk kegunaan seramai 528,220 orang penagih dadah di sekitar Lembah Klang.

“Antara jenis dadah tersebut iaitu 250.25 kilogram ganja dan 770 kilogram ketum yang kesemua nilainya berjumlah RM640,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis hari ini.

Zainudin juga berkata, hanya dua suspek yang berumur 41 dan 50 tahun direman selama tujuh hari bermula 1 hingga 7 Februari ini, manakala yang lain dibebaskan.

Katanya lagi, pihak polis turut menyita dua motokar dan dua motosikal yang dianggarkan berjumlah RM185,000. – HARAKAHDAILY 4/2/2021

- Advertisement -