Ketawa dalam solat

- Advertisement -

Hadis Musnad Imam Syafie hadis ke-58

Diriwayatkan daripada Ibnu Syihab:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ رَجُلا ضَحِكَ فِي الصَّلاةِ أَنْ يُعِيدَ الْوُضُوءَ وَالصَّلاةَ

Ertinya: “Sungguhnya Rasulullah SAW menyuruh seorang lelaki yang ketawa di dalam solat supaya mengulangi wuduk dan solat.”
Hadis ini ada dikeluarkan juga oleh Al-Baihaqi dan Ibnu Asakir dan Ad-Daruqutni.

Hadis ini datang pada menerangkan hukum ketawa dalam solat dan wuduk sebabnya.

- Advertisement -

Keterangan

Ketawa tidak membatalkan wuduk

Berkata Imam Ibnu Al-Asir:
والذي ذهب إليه الشافعي: أن القهقهة في الصلاة لا تنقض الوضوء وبه قال: جابر بن عبد اللَّه، وأبو موسى، والقاسم بن محمد، وعروة، وعطاء، والزهري، ومكحول، وأبو ثور، وإسحاق. وقال أبو حنيفة: يجب الوضوء بها في الصلاة، وروي ذلك عن الحسن والنخعي، وبه قال الثوري. وعن الأوزاعي روايتان. فأما حكمها في الصلاة: فإنها تبطلها وحكمها حكم الكلام. وأما التبسم: فإنه لا يبطلها وذلك ما لم يكن له صوت

Ertinya: “Dan yang berjalan kepadanya oleh Imam Syafie bahawa ketawa di dalam solat itu tidak membatalkan wuduk. Dan dengannyalah berkata oleh Jabir bin Abdullah dan Abu Musa dan Al-Qasim bin Muhammad dan ‘Urwah dan Atha’ dan Az-Zuhri dan Makhul dan Abu Tsur dan Ishaq.
Dan berkata Imam Abu Hanifah: Wajib berwuduk sebab ketawa di dalam solat. Dan diriwayatkan yang demikian itu daripada Al-Hasan dan An-Nakahie dan dengannya berkata oleh At-Tsauri.
Dan daripada Al-Auza’ie ada dua riwayat.
Maka adapun hukum ketawa dalam solat itu, maka sungguhnya ia membatalkan solat dan hukum ketawa itu sama dengan hukum berkata-kata. Dan adapun tersenyum, maka sungguhnya ia tidak membatalkan solat dan yang demikian itu ialah jika tiada padanya bersuara.” (Kitab As-Syafi Syarah Musnad Al-Imam As-Syafie)

Berkata Imam Al-Husain Al-Imrani As-Syafie:
ولا ينتقض الوضوء بقهقهة المصلي، وبه قال جابر، وأبو موسى، وعطاء، وعروة، والزهري، ومكحول، ومالك ودليلنا: قوله – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: المقهقه في الصلاة يعيد الصلاة، ولا يعيد الوضوء . وروي عنه – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أنه قال: الضاحك في الصلاة كالمتكلم . ولأن كل ما لا ينقض الوضوء خارج الصلاة، لم ينقضه داخل الصلاة، كالكلام

Ertinya: “Dan tidak membatalkan wuduk dengan sebab ketawa orang yang solat. Dan dengannya berkata oleh Jabir dan Abu Musa dan Atha’ dan ‘Urwah dan Az-Zuhri dan Makhul dan Malik. Dan dalil kami ialah sabdanya SAW: Ketawa di dalam solat sebabkan kena ulangi solat dan tidak ulangi wuduk. Dan diriwayatkan daripada Nabi SAW juga bersabda: Orang yang ketawa di dalam solat seperti orang yang berkata-kata.
Dan dari kerana sungguhnya barang yang tidak membatalkan wuduk di luar solat tidak juga membatalkan wuduk di dalam solat seperti berkata-kata.” (Kitab Al-Bayan)

Ketawa membatalkan solat

Dan berkata Imam Ibnu Rif’ah:
أن القهقهة عامداً تبطل الصلاة؛ لأن منافاتها للصلاة أشد من منافاة الكلام؛ فكانت بالإبطال أولى، وهذا ما نص عليه في البويطي حيث قال: من ضحك في صلاته أعادها. والقهقهة هي الضحك بالصوت

Ertinya: “Sungguhnya ketawa yang disengajakan membatalkan solat kerana ia menafikan bagi solat lebih bersangatan daripada berkata-kata, maka jadilah membatalkan itu lebih utama. Dan ini barang yang telah dinaskan atasnya di dalam Kitab Al-Buwaithi sekira-kira dia berkata: Siapa ketawa dalam solatnya hendaklah mengulang akan solat. Dan bermula ketawa itu ialah suka yang mengeluarkan suara.” (Kitab Kifayatu An-Nabih Fi Syarh At-Tanbih)

Kesimpulannya, ketawa membatalkan solat kerana ia sama dengan bercakap tetapi tidak membatalkan wuduk di sisi jumhur ulamak.

Berkata Syeikh Ahmad An-Nu’san:
فَذَكَرَ جُمْهُورُ الفُقَهَاءِ مِنَ المَالِكِيَّةِ وَالشَّافِعِيَّةِ وَالحَنَابِلَةِ أَنَّ الصَّلَاةَ تَفْسُدُ بِالقَهْقَهَةِ ـ وَهِيَ الضَّحِكُ بِصَوْتٍ مَسْمُوعٍ ـ وَلَا يَنْتَقِضُ الوُضُوءُ

Ertinya: “Telah menyebut oleh jumhur ulamak fiqah daripada mazhab Maliki dan Syafie dan Hanbali sungguhnya solat itu batal dengan sebab ketawa. Dan iaitu ketawa yang mengeluarkan suara yang didengari dan tidak membatalkan wuduk.”
Wallahua’lamHARAKAHDAILY 28/1/2021

- Advertisement -