Bukan ‘tiket’ rakyat Kelantan berasa lega

- Advertisement -

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan diingat terus berhati-hati dengan penularan Covid-19 walaupun negeri ini mencatat penurunan kes hariannya sejak dua hari lalu.

Semalam, kes di Kelantan menurun kepada 77 kes berbanding 78 pada Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Hussin berkata, penurunan sedikit kes tersebut bukan ‘tiket’ untuk orang ramai berasa lega.

- Advertisement -

Katanya, kes harian Covid-19 di negeri ini masih tinggi.

“Trend kes jangkitan pandemik tersebut di negeri ini menunjukkan ke arah menurun kepada dua angka berbanding tiga angka minggu lepas,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan di Bilik Gerakan Kompleks Kota Darulnaim di sini, semalam.

Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Pada 22 Januari lalu Kelantan mencatatkan kes harian paling tinggi iaitu sebanyak 161 kes.

Dr Izani juga berkata orang ramai perlu berhati-hati kerana kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) meningkat walaupun statistik turun kepada dua angkat.

“Kita tetap bimbang sebab kes ada dalam masyarakat dan kebolehjangkitannya juga sangat tinggi,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 25/1/2021

- Advertisement -