Baca dan Jawab: Isu MIC-MB Kedah

- Advertisement -

ARAHAN:
Sila baca kronologi ini dan jawab 4 soalan di bawah. Masa menjawab: Tiada limit.


Mei 2020
(1) YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 17 Mei 2020. 
(2) Pelantikan 2 orang Pegawai Khas MB (mewakili kaum India dan kaum Cina) daripada Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP). Turut dilantik ialah pegawai-pegawai lain (lantikan politik). 

- Advertisement -

Jun 2020
(1) Kunjungan hormat Presiden MIC bertemu MB mengucapkan tahniah kepada YAB MB atas pelantikan. 
(2) Runding supaya wakil MIC Kedah dilantik sebagai Senator dan dilantik sebagai Pegawai Khas MB. 
(3) YAB MB memberi maklum balas bahawa pelantikan Senator adalah di atas kuota BN, rundingan perlu dibuat dengan BN. Pelantikan sebagai Pegawai Khas MB kuotanya sudah penuh. Wakil kaum India (Saudara Kumaresan BK) dan kaum Cina (Saudara Kuan Kok Siang) kedua-duanya daripada DHPP telah dilantik ke jawatan tersebut. 

Julai 2020
(1) Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) terpaksa mengambil tindakan merobohkan sebuah kuil kecil yang dibina di bawah pokok di Alor Setar. Tindakan diambil setelah beberapa kali notis yang diberikan tidak dihiraukan. [1]
(2) YAB MB menegaskan bahawa tindakan perobohan adalah tindakan penguatkuasaan undang-undang, tiada diskriminasi agama. [2] 
(3) DAP melalui YB P. Ramasamy memulakan siri mengecam tindakan perobohan kuil. [3][4]
(4) Tiada kenyataan daripada MIC ketika ini. 

Julai 2020
(1) Kunjungan hormat YB Menteri Perpaduan dan YB Timbalan Presiden MIC bertemu YAB MB. Berbincang mengenai tindakan penguatkuasaan meroboh kuil. [5]
(2) Di dalam perbincangan, YB Menteri Perpaduan dan YB Timbalan Presiden MIC bersetuju bahawa tindakan perobohan adalah tindakan penguatkuasaan undang-undang, tiada kaitan isu diskriminasi agama.
(3) Sekali lagi pihak MIC berusaha memohon jawatan Senator, dan Pegawai Khas MB. Namun YAB MB masih dengan pendirian sebelumnya, pihak MIC perlu berunding dengan BN kerana kuota itu kuota BN. 

Ogos 2020
(1) YAB MB menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada kepada masyarakat Cina dan India di SRJK(C) dan SRJK(T) di sekitar Daerah Kubang Pasu. Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Khas MB (India). [6]
(2) Tiada kenyataan daripada MIC ketika ini. 

Ogos 2020 
(1) Sidang DUN Kedah meluluskan pelantikan 2 orang Senator bagi mewakili DUN Kedah; YB. Senator Ust Ahmad Yahya (PAS) dan YB. Senator Dato’ Othman Aziz (BN). [7]
(2) BN menamakan YB. Senator Dato’ Othman Aziz (bekas Ahli Parlimen Jerlun) bagi menggantikan Datuk Dr S Ananthan, Pengerusi MIC Kedah.
(3) Pada tahun 2017, BN menamakan Datuk Dr S Ananthan untuk dilantik sebagai Senator mewakili MIC. Nama beliau tidak lagi dicadangkan oleh BN pada tahun 2020. [8]

November 2020
(1) YAB MB menyampaikan 1000 pek hamper Deepavali bernilai RM100,000 untuk masyarakat India yang terpilih di Negeri Kedah. [9]
(2) Tiada kenyataan daripada MIC ketika ini. 

Oktober 2020
(1) MIC mula mengkritik YAB MB kerana tidak melantik wakil MIC sebagai Senator. [10]
(2) YAB MB menegaskan bahawa MIC perlu berbincang dengan BN sebagai rakan parti komponen. [11]

Disember 2020
(1) Tindakan penguatkuasaan perobohan kuil di Taman Bersatu Kuala Kedah. Selain kuil, turut dirobohkan ialah binaan lain (gelanggang silat dan tapak parkir kenderaan) yang dibina tanpa kebenaran. Notis daripada MBAS sebelum ini tidak diendahkan. Tindakan perobohan itu adalah tindakan penguatkuasaan undang-undang, tiada kaitan dengan isu diskriminasi agama. [12] [13]
(2) DAP menyambung siri serangan terhadap PAS dan mengeluarkan kenyataan mengkritik tindakan perobohan dan mengaitkannya dengan sentimen agama. [14]
(3) MIC turut memulakan serangan bertali arus terhadap PAS, nada sama seperti DAP. [15]
(4) DAP bersetuju dengan MIC. Serangan semakin rancak secara bertali arus. [16]

Disember 2020
(1) Perbincangan pertama untuk menyediakan kertas cadangan bagi menubuhkan Majlis Hal Ehwal Agama Hindu Kedah yang akan dipengerusikan oleh Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. 
(2) Penubuhan Majlis ini adalah untuk menyelaras isu-isu berkaitan rumah ibadat agama Hindu dan perkuburan, serta hal ehwal kemajuan masyarakat Hindu di Kedah. 
(3) Keanggotaan Majlis ini melibatkan pihak Kerajaan Negeri dan wakil pemimpin masyarakat India serta persatuan agama Hindu di Kedah. 
(4) Penubuhan Majlis ini akan dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK). 
(5) MIC belum tahu perkara ini. Jika tidak, mungkin mereka akan memohon untuk dilantik di dalam Majlis ini. 

Januari 2021
(1) YAB MB bertemu dengan 3 pihak mewakili komuniti India, Persatuan Hindu Sanggam, Kedah Indian Association, Gabungan NGO India Kuala Muda. Perbincangan berkaitan agenda penambahbaikan taraf hidup masyarakat India, pengurusan rumah ibadat dan agenda keharmonian kaum. [17]

Januari 2021
(1) Kerajaan Negeri Kedah meluluskan tapak untuk kuil Hindu di Taman Ladang Henrietta, Padang Serai. [18]
(2) Tiada kenyataan daripada MIC untuk kejayaan ini. 

Januari 2021
(1) YAB MB mengumumkan bahawa tiada keperluan untuk Cuti Peristiwa pada Hari Thaipusam kerana pelaksanaan PKP dan wabak COVID-19 yang semakin menular. [19] [20]
(2) Serangan daripada MIC dan DAP kembali mengganas secara bertali arus. Isu Cuti Thaipusam dipolitikkan dan sekali lagi dikaitkan dengan sentimen agama. [21] [22]

Daripada kronologi di atas, sila jawab 4 soalan di bawah ini dalam bentuk esei. Anda dibenarkan meniru. 

Soalan pertama
Sejak bilakah MIC mula menyerang MB Kedah?
(20 markah)

Soalan kedua
Antara insiden perobohan kuil kali pertama pada bulan Julai 2020 dan kali kedua pada bulan Disember 2020, terdapat perbezaan reaksi MIC terhadap MB Kedah. Nyatakan apakah perbezaan itu dan mengapa? (20 markah)

Soalan ketiga
Pada pandangan anda, mengapakah MIC tidak dilantik untuk memegang jawatan Senator di Kedah?(40 markah)

Soalan keempat
Adakah ada apa-apa respon daripada MIC mengenai tindakan-tindakan Kerajaan Negeri Kedah untuk membantu masyarakat India di Kedah? Jika ada, sila nyatakan. (20 markah)

AFNAN HAMIMI
Wisma Darul Aman – HARAKAHDAILY 24/1/2021

Rujukan:

[1] https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/13/mb-kedah-pertahan-tindakan-roboh-kuil-hindu/

[2] https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/13/mb-kedah-pertahan-tindakan-roboh-kuil-hindu/

[3] https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/268007

[4] https://www.malaysiakini.com/news/534177

[5] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=771437100337229&id=344643813016562

[6] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=782360592578213&id=344643813016562

[7] https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/08/724528/pesuruhjaya-pas-kedah-dilantik-senator

[8] https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/08/253934/ananthan-dilantik-sebagai-senator

[9] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=856218721859066&id=344643813016562

[10] https://www.malaysiakini.com/news/545867

[11] https://www.malaysiakini.com/news/545900

[12] https://www.sinarharian.com.my/article/114277/MBAS-keluarkan-dua-notis-sebelum-roboh-Kuil-Sri-Raja-Muniswarar

[13] https://www.sinarharian.com.my/article/113385/Roboh-kuil-ikut-undang-undang,-bukan-isu-perkauman:-MB-Kedah

[14] https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/268007

[15] https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/03/kuil-roboh-pemimpin-mic-sifatkan-mb-kedah-angkuh-cari-publisiti-murahan/

[16] https://dapmalaysia.org/statements/2020/12/04/31024/

[17] https://harakahdaily.net/index.php/2021/01/11/masyarakat-india-puas-hati-kerajaan-pn-kedah/

[18] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=901080744039530&id=344643813016562

[19] https://youtu.be/2w3QE8kaoHw

[20] https://www.sinarharian.com.my/article/120198/BERITA/Nasional/Batal-cuti-Thaipusam-bukan-nafi-hak-kata-Muhammad-Sanusi

[21] https://www.sinarharian.com.my/article/120122/BERITA/Nasional/Keputusan-Kedah-membatalkan-cuti-Thaipusam-dianggap-berat-sebelah

[22] https://m.malaysiakini.com/news/559808

- Advertisement -