Wuduk sebab makan makanan dimasak

Hadis Musnad Imam Syafie Hadis ke-57

Telah diriwayatkan daripada Az-Zuhri daripada dua orang lelaki yang salah seorangnya ialah Ja’far bin ‘Amr bin Amayyah Ad-Dhamri daripada bapanya r.a.:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكَلَ كَتِفَ شَاةٍ، ثُمَّ صَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ.

Ertinya: “Sungguhnya Rasulullah SAW telah makan akan paha kambing biri-biri kemudian baginda menunaikan solat dan tidak mengambil wuduk.”

Hadis ini telah dikeluarkan juga oleh Bukhari dan Muslim dan Tirmizi.

Advertisement

Keterangan

Hadis ini datang pada menerangkan bahawa tidak wajib mengambil wuduk dengan sebab memakan makanan yang telah dimasak menggunakan api.

Berkata Imam Ibnu Al-Asir:

والذي ذهب إليه الشافعي: أن كل ما مسته النار لا ينقض الوضوء، وهو مذهب الأكثر من الصحابة والتابعين والفقهاء. وحكي أن عمر بن عبد العزيز، وأبا قلابة، وأبا مجلز، والزهري، والحسن البصري كانوا يتوضئون منه، تمسكًا بما روى أبو هريرة وغيره عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: “توضأ مما مسته النار، ومما غيرت النار

Ertinya: “Dan yang berjalan kepadanya olih Imam Syafie bahawasanya memakan makanan yang dimasak menggunakan api tidak membatalkan wuduk. Dan ialah mazhab kebanyakan daripada sahabat dan tabi’in dan fuqahak. Dan diriwayatkan bahawasanya Umar bin Abdul Aziz dan Abu Qilabah dan Abu Majlaz dan Az-Zuhri dan Al-Hasan Al-Basri adalah mereka mengambil wuduk daripadanya kerana berpegang dengan barang yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan lainnya daripada Nabi SAW bersabda: Berwuduklah dari makanan yang menyentuhnya oleh api dan yang telah mengubahnya oleh api.” (Kitab As-Syafi Syarah Musnad As-Sayfie)

Berkata Imam Nawawi:

ذكر مسلم رحمه اللَّه تعالى- في هذا الباب الأحاديث الواردة بالوضوء مما مست النار، ثم عَقَّبَها بالأحاديث الواردة بترك الوضوء مما مست النار فكأنه يشير إلى أن الوضوء منسوخ، وهذه عادة مسلم وغيره من أئمة الحديث، يذكرون الأحاديث التي يرونها منسوخة ثم يعقبونها بالناسخ، وقد اختلف العلماء في قوله صلى الله عليه وسلم: توضئوا مما مست النار، فذهب جماهير العلماء من السلف والخلف إلى أنه لا ينتقض الوضوء يأكل ما مسته النار، ممن ذهب إليه أبو بكر الصديق رضي اللَّه عنه، وعمر بن الخطاب، وعثمان بن عفان، وعليّ بن أبي طالب، وعبد اللَّه بن مسعود، وأبو الدرداء، وابن عباس، وعبد اللَّه بن عمر، وأنس بن مالك، وجابر بن سمرة، وزيد بن ثابت، وأبو موسى، وأبو هريرة، وأبي ابن كعب، وأبو طلحة، وعامر بن ربيعة، وأبو أمامة، وعائشة رضي اللَّه عنهم أجمعين، وهؤلاء كلهم صحابة، وذهب إليه جماهير التابعين، وهو مذهب مالك، وأبي حنيفة، والشافعي، وأحمد، وإسحاق بن راهويه، ويحيى بن يحيى، وأبي ثور، وأبي خيثمة رحمهم اللَّه.

Ertinya: “Telah menyebut oleh Imam Muslim pada bab ini beberapa hadis yang datang ia dengan berwuduk dari memakan makanan yang dimasak dengan api kemudian Imam Muslim mendatangkan pula hadis-hadis yang datang ia dengan meninggalkan berwuduk dari memakan makanan yang dimasak dengan api. Maka sungguhnya seolah-olah beliau memberi isyarat kepada bahawa hukum berwuduk itu telah mansuh (dibatalkan hukum). Dan inilah kebiasaan Imam Muslim dan lainnya dari imam-imam hadis mereka selalu menyebut akan hadis-hadis yang telah mansuh (dibatalkan hukumnya) terlebih dahulu kemudian didatangkan pula hadis-hadis yang menjadi nasikh (yang membatalkan hukum).

Dan sungguhnya telah bersalahan ulamak pada sabdanya SAW: Berwduduklah dari memakan makanan yang dimasak dengan api itu maka telah berjalan oleh jumhur ulamak daripada salaf dan khalaf kepada bahawasanya makan makanan yang dimasak dengan api itu tidak membatalkan wuduk. Dan setengah dari mereka yang berpendapat demikian ialah Abu bakar As-Siddiq dan Umar bin Al-Khattab dan Uthman bin ‘Affan dan Ali bin Abi Talib dan Abdullah bin Mas’ud dan Abu Darda’ dan Ibnu Abbas dan Abdullah bin Umar dan Anas bin Malik dan Jabir bin Samurah dan Zaid bin Tsabit dan Abu Musa dan Abu Hurairah dan Ubai bin Ka’ab dan Abu Talhah dan ‘Amir bin Rabi’ah dan Abu Umamah dan Aisyah r.a. Dan adalah sekalian mereka ini ialah sahabat Nabi SAW. Dan telah berjalan kepadanya oleh jumhur tabiin dan ialah mazhab Imam Malik dan Abu Hanifah dan Syafie dan Ahmad dan Ishak bin Rahawaih dan Yahya bin Yahya dan Abu Tsur dan Abu Khaisamah.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Di antara hadis lain yang menjadi dalil tidak wajib berwuduk sebab memakan makanan yang dimasak dengan api ialah hadis yang telah diriwayatkan olih Ibnu Abbas r.a. Rasulullah SAW telah bersabda:

الْوُضُوءُ مِمَّا يَخْرُجُ وَلَيْسَ مِمَّا يَدْخُلُ

Ertinya: “Wuduk ialah sebab suatu yang keluar bukan sebab suatu yang masuk.” (Hadis riwayat Ad-Daruqutni)

Maksudnya yang membatalkan wuduk itu ialah sebab suatu yang keluar seperti keluar kencing dan mazi dan seumpamanya dan bukanlah wuduk itu sebab suatu yang masuk seperti makan dan minum yang masuk ia ke dalam mulut.

Dan telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. beliau berkata:

كان آخِرَ الأمرَيْنِ مِن رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم تَرْكُ الوضوءِ ممَّا مسَّتِ النَّارُ

Ertinya: “Adalah perkara yang terakhir dari dua perkara daripada Rasulullah SAW ialah meninggalkan berwuduk sebab makan makanan yang dimasak dengan api.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie dan Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Dan jumhur ulamak menanggung hadis-hadis yang menyebut berwuduk sebab makan makanan yang dimasak dengan api itu ialah perintah sunat atau perintah membersihkan tangan dan mulut supaya hilang bekas dan baunya.

Dan berkata Imam Tirmizi:

وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَكْثَرِ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَالتَّابِعِينَ، وَمَنْ بَعْدَهُمْ، مِثْلِ سُفْيَانَ، وَابْنِ المُبَارَكِ، وَالشَّافِعِيِّ، وَأَحْمَدَ، وَإِسْحَاقَ: رَأَوْا تَرْكَ الوُضُوءِ مِمَّا مَسَّتِ النَّارُ وَهَذَا آخِرُ الأَمْرَيْنِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَكَأَنَّ هَذَا الحَدِيثَ نَاسِخٌ لِلْحَدِيثِ الأَوَّلِ حَدِيثِ الوُضُوءِ مِمَّا مَسَّتِ النَّارُ

Ertinya: “Dan yang diamalkan atas masalah ini di sisi kebanyakkan ulamak dari para sahabat Nabi SAW dan tabiin dan orang-orang selepas mereka itu seperti Sufyan dan Ibnu Al-Mubarak dan Syafie dan Ahmad dan Ishaq berpendapat mereka itu meninggalkan (tidak wajib) berwuduk sebab makan makanan yang dimasak dengan api ialah akhir dari dua pekerjaan daripada Rasulullah SAW. Dan seolah-olah hadis ini menasakhkan (membatalkan) bagi hadis yang awal iaitu hadis berwuduk sebab makana makanan yang dimasak dengan api.” (Kitab Sunan Tirmizi)

Berkata Dr Wahbah Zuhaili:

جمهور فقهاء الأمصار بعد الصدر الأول اتفقوا على سقوط الأمر بإيجاب الوضوء من أكل ما مسته النار، إذ صح عندهم أنه عمل الخلفاء الأربعة، بل إن الحنابلة أنفسهم أخذوا بحديث الجمهور وقالوا: لانقض بأكل ما مسته النار

Ertinya: “Jumhur fuqahak pada sekelian negeri selepas zaman awal telah sepakat atas gugur perintah mewajibkan wuduk sebab makan makanan yang dimasak dengan api kerana telah sah di sisi mereka itu bahawasanya ia adalah amalan sekalian khalifah yang empat bahkan ulamak mazhab Hanbali sendiri mengambil dalil mereka itu akan hadith jumhur (tidak batal wuduk) dan berkata mereka itu tidak batal wuduk sebab makan makanan yang dimasak dengan api.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Berkata Imam Ibnu Al-Asir:

وهذا محمول عند الجمهور: على غسل اليد والفم منها لشدة رائحتها، وكثرة دهنها وزهومتها

Ertinya: “(Berwuduk sebab makan makanan dimasak dengan api) ini ditanggung di sisi jumhur ulamak atas makna membasuh tangan dan mulut sebab memakannya kerana kuat baunya dan banyak minyak dan lemaknya.” (Kitab As-Syafi Syarah Musnad Imam As-Syafie)

Wallahua’lam