GU selami duka mangsa banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz) melahirkan rasa simpati kepada semua mangsa musibah banjir yang berlaku baru-baru ini.

- Advertisement -

Sungguh pilu menyaksikan saat getir yang terpaksa dilalui oleh mangsa banjir di beberapa buah negeri pantai timur, Pahang, terengganu, kelantan dan termasuk Negeri Johor.

Pengerusi GU, Ustaz Kamalulhysyam Suhut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan yang secara tuntas menyalurkan bantuan dan pertolongan dengan membuka Pusat Penempatan sementara(PPS).

Lebih dari itu katanya, kerajaan juga mengaktifan Pusat Kawalan Operasi Bencana di daerah terbabit kepada semua mangsa termasuk kekuatan NGO-NGO luar yang bantu sehabis mungkin khasnya disaat yang sangat terdesak demi menyelamatkan nyawa semua mangsa.

Sementara it, Timbalan Presiden GU, Ustaz Ahmad Dasuki Ab.Rani bersama pasukan sukarelwannya telah turun ke beberapa lokasi bencana banjir yang tragis khususnya di Daerah Raub bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sana.

Manakala, Pengerusi GU Pahang, Ustaz Roslan Md Esa merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada GU Malaysia yang telah memberikan sumbangan sebuah bot dengan kekuantan enjin 15 Kuasa Kuda demi untuk melaksanakan misi kemanusiaan menyelamatkan mangsa banjir di pahang.

Terdahulu telah tular video tiga sekeluarga berada di atas siling rumah selama 13 jam demi menyelamatkan diri dari aras air yang terlalu deras dan pantas naik.

Geng Ustaz bersama pasukan NGO-NGO lain telah bekerjasama termasuk YADIM, Syabab Care, HIGOM, Madinah Prihatin, Jitu Care, Geng Surau Putrajaya bertekad untuk menjalankan misi penting untuk membaikpulih rumah yang telah hanyut dan runtuh di landa banjir baru-baru ini.

Di Raub sahaja merekodkan 41 buah rumah yang telah hanyut dan perlu di bina baru.

Geng Ustaz mengucapkan terima kasih kepada Pihak Kerajaan Negeri yang telah bertindak pro aktif dalam kerja-kerja pembinaan rumah baru mangsa banjir ini dengan kerjasama Giat Mara.

Kata Kamalulhysham lagi, GU mengharapakan agar proses ini akan dapat dilaksanakan sesegera mungkin demi menyelamatkan mereka sementara pandemik Covid-19 semakin perlu ditangani secara serius.

“Teruskan patuhi SOP.Tahniah buat semua pasukan sukarelawan,” kata Kamalulhysham lagi.

Buat semua para penyumbang boleh terus salurkan ke akaun 564799123969 (Maybank) Pertubuhan Pendukung & Pencinta Ulama’ @Geng Ustaz.

- Advertisement -