Masuki tahun ke-7, sumbangan dan penerima meningkat

'Back To School' Pusat Khidmat DUN Beserah

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Program bantuan ‘Back To School’ (BTS) Pusat Khidmat DUN Beserah telah memasuki tahun ketujuh sejak ia dilaksanakan dengan pemberian baucar untuk membeli peralatan persekolahan.

- Advertisement -

Inisiatif ini sangat membantu golongan susah B40 atau kepada mereka yang ahli keluarganya besar di seluruh DUN Beserah dalam mempersiapkan anak-anak mereka memasuki sesi baharu persekolahan.

ADUN Beserah, Andansura Rabu ketika mengulas perkara itu memberitahu, peringkat awal dahulu pihaknya hanya dapat memberikan RM50, namun setelah itu jumlah sumbangan naik berperingkat hingga naik RM100 setiap pelajar.

“Jumlah pelajar pula bermula dari 100 dan setelah itu semakin meningkat lebih dan sekarang sudah mencapai 500 orang pelajar. Namun masih ramai lagi yang kita nak bantu tetapi kita tiada keupayaan.

“Sumbangan ini adalah dari orang ramai, belum lagi sumbangan khas dari Kerajaan Negeri bagi membantu program ke sekolah ini.

“Kerajaan Negeri ada buat untuk darjah 1 sahaja, dalam RM100 seorang untuk kumpulan sasar yang masuk darjah 1, siapa yang masuk tahun 1 tahun ini, mungkin akan dapat.

“Dasar kita pula adalah orang yang susah, orang yang ramai anak. Kita telah berjaya kendali program ini selama tujuh tahun dengan jayanya.

“Saya mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan yang boleh diberikan oleh mereka yang dermawan, pemurah untuk sama-sama kita membantu kerana ramai lagi yang memohon.

“Tetapi kami tidak dapat menyampaikannya atau memberikan bantuan kerana ada kengkangan dari sudut dana dan sebagainya,” ujar beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

Pelancaran dan penyerahan baucar RM100 dan beg sekolah kepada semua pelajar ini dibuat secara berperingkat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dilangsungkan di Pasaraya Sakan, Balok, Kuantan, di sini.

Andansura merakam penghargaan kepada para penyumbang dan  mengharapkan semoga Allah permudahkan anak-anak bersekolah pada tahun 2021. – HARAKAHDAILY 22/1/2021

- Advertisement -