Hikmah tinggal di pinggir bandar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hikmah buat mereka yang memilih untuk menetap atau tinggal di pinggir bandar akan mendapat kemajuan bandar.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pada masa yang sama mereka jauh dari pengaruh bandar.

- Advertisement -

Menurutnya, ulamak masyarakat berpendapat orang yang tinggal di pinggir bandar ini adalah orang berpendidikan dan berpengetahuan.

Beliau berkata demikian dalam Kuliah Dhuha Jumaat di Masjid Rusila, Marang, yang turut disiarkan menerusi Facebook miliknya, hari ini.

“Jika tinggal di bandar kesan besar adalah menjadi leka dan lalai, manakala jika tinggal di luar bandar sangat ia menjadi kurang berpengetahuan.

“Ini hikmah tinggal di pinggir bandar,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang. – HARAKAHDAILY 22/1/2021

- Advertisement -